Pasir, bahan asas membuat cipAsas membuat cip adalah berasal daripada pasir halus. Pasir mengandungi 25% kandungan silikon dan merupakan sumber kimia kedua terbanyak di dalam Bumi selepas Oksigen. Menariknya, pasir teramat senang didapati terutamanya di pantai. Kuarza, elemen pasir mempunyai peratusan silikon yang tinggi dalam bentuk silion dioksida (SiO2) dan ia juga merupakan bahan asas untuk membentuk semikonduktor
Selepas pasir diproses, bahan silikon akan diasingkan manakala bahan-bahan yang tidak diperlukan akan dibuang. Silikon yang terasing pula akan melalui proses pembersihan berperingkat untuk mendapatkan silikon yang bergred elektronik iaitu silikon yang berpotensi untuk dikeluarkan dalam produk elektronik. Proses pembersihan berperingkat ini mengambil masa terlalu lama kerana untuk mendapatkan silikon bergred tersebut, ia mungkin didapati dalam satu atom dalam berbilion atom silikon yang diproses.
Fasa pencairan sebuah silikon
Silikon yang bekuSelepas proses pembersihan berperingkat, silikon bergred elektronik itu pula memasuki fasa pencairan. Gambar di atas merupakan fasa pencairan sebuah silikon. Silikon yang kecil itu apabila dicairkan akan membentuk suatu kristal yang dipanggil jongkang silikon. Jongkang silikon yang terhasil mempunyai ketulenan kira-kira 99.9999%.
Jongkang silikon memasuki fasa pemotongan
Wafer, silikon yang telah dipotongJongkang silikon itu tadi akan memasuki fasa pemotongan. Silikon yang telah dipotong nipis kira-kira 300mm itu dipanggil sebagai wafer. Potongan silikon itu juga bergantung kepada kehendak industri serta diameter jongkang silikon tersebut. Setelah dipotong, wafer itu akan dikilatkan sehingga sempurna seperti permukaan cermin.
Biasanya, Intel tidak melakukan kerja-kerja pemotongan jongkang silikon sebaliknya mereka hanya membelinya daripada pihak ketiga. Namun pada masa kini, Intel telah mengorak langkah dengan memperkenalkan proses pemotongan yang dikenali sebagai 45 nm High-K/Metal Gate dimana wafer tersebut hanya berdiamter 300mm sahaja. Ini menyebabkan pengurangan kos dalam pengeluaran wafer.
Wafer yang diratakan dengan cecair fotokromik
Dipancarkan pula dengan sinaran UVWafer tersebut akan diratakan dengan cecair biru iaitu sejenis cecair pembersih yang biasa digunakan dalam fotografi. Dalam proses ini, wafer akan berputar di atas mesin supaya cecair itu dapat diratakan dengan sama rata. Selepas itu, wafer yang diselaputi dengan cecair biru tersebut akan didedahkan kepada cahaya UV (Ultraviolet). Proses yang terjadi ini adalah sama dengan situasi dimana kau menekan button untuk mengambil gambar menggunakan kamera lama (guna filem).
Cecair biru akan membentuk suatu bentukan yang telah diletakkan di atas waferBahagian cecair yang telah didedahkan kepada cahaya UV ini akan larut mengikut bentuk yang telah diletakkan pada wafer tersebut. Bentuk-bentuk ini adalah bentuk litar elektronik yang akan diletakkan pada cip tersebut. Proses ini akan diulang sehingga beberapa keping bentuk litar elektronik terbentuk atas wafer.
Bahagian kedua, kita akan tengok bagaimana wafer yang terhasil ini akan membentuk litar elektronik yang teramat kecil di dalam cip. Tunggu..hehe.
Kredit : UT$AV (ForumW member)
Comments
uits.. ko engineer microp ke?
haah ak jd engineer microp jp je..haha
have a see, http://eddytech03.blogspot.com
without AMD, Intel Is nothing