Windows 7
Entry terakhir yang aku post ialah mengenai Windows 7 RC yang perlu diberi perhatian apabila ingin menginstallnya. Pada pendapat aku, menggunakan Windows 7 adalah seperti anda menggunakan Windows XP yang telah dimodofikasi. Ini kerana Windows 7 tidak memakan banyak memori dan start-up yang laju membolehkan anda berasa puas hati dengan Windows 7. Tidak seperti Windows Vista yang memakan banyak memori sehingga ia boleh "mencederakan" komputer anda.
Kenapa aku berkata begitu? Kerana aku sudah mencuba Windows 7 Ultimate (singkatkan perkataan Radio Televisyen Malaysia). Memang puas hati kerana ianya banyak perbezaan berbanding dengan Windows Vista Ultimate yang aku guna dulu dari segi performance dan interface.
Desktop Windows 7. Taskbar yang telah diperbaiki.
Banyak window yang telah dibuka
Letak mouse di tepi kanan bawah dan desktop akan dipreview.Selamat Hari Raya
Dikesempatan yang aku ada ni maka aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung yang datang berkunjung ke blog aku. Maaflah jika aku ada terkasar bahasa semasa mengunjungi dan meninggalkan komen yang mungkin sensitif bagi blogger-blogger lain. Aku mendoakan semua agar selamat sampai di destinasi selama berhari raya dan selamat pulang ke rumah kembali. Sebelum tibanya hari raya, aku dapat kad raya dari Cik Nasiha. Kepada blogger lain, hantarlah kad raya kepada aku..hehe
Kad raya..heheP.S : Tunggu bulan Oktober untuk mendapatkan Windows 7 ful release walaupun sudah keluar di dalam dunia pirate yang RTM punya (Release To Manufacturer)
P.P.S : Cik Nazra, saya sudah mengupdate blog..hehe
Comments
sis amik kesempatan ucap selamat hari raya maaf zahir batin...
slmt hari raya
^__^
cambest je window ni. npk smart je. huks