Proses mengikis cat lama sudah bermula.
Mula-mula, cat lama dikikis supaya aku boleh mendapatkan kesan cat baru yang teramat baik..haha (macam nak ajar cara-cara mengecat je). Jenuh aku mengikis cat tu. Sampai tangan aku pun lebam-lebam akibat tergesel dengan pintu pagar. Last2, aku kikis di bahagian dalam je, bahagian luar pintu pagar aku biarkan saja..haha. Selepas itu, alat pengikis itu aku letak di atas kereta mak aku. Akibatnya, apabila mak aku keluar membeli barang, pengikis itu masih berada di atas kereta mak aku. Balik je aku tengok sudah pergi tak kembali lagi.
Rendam berus dengan thinner.
Sesudah mengikis, aku merendam berus lama yang aku fikir masih boleh digunakan lagi dengan thinner. Belek punya belek aku tengok botol thinner itu merupakan botol arak jenama Tiger..haha. Aku mengharapkan tiada lagi sisa-sisa arak pada botol itu sebab ianya menggelikan aku jika aku terpegang arak. Rendam punya rendam berus itu masih tidak menunjukkan tanda positif bahawa ia akan lembut dan boleh digunakan. Akhir sekali, aku pun pergi ke kedai membeli berus.
Cerita di kedai pun menarik juga..haha. Sampainya aku di kedai, aku mencari berus yang sesuai dengan berbekalkan hanya RM2 sahaja. Pekedai itu bercerita bermati-matian menyuruh aku membeli berus yang berharga RM5. Siap kutuk berus RM2 lagi tu. Tetapi, pekedai itu terdiam dan menunjukkan mukanya yang masam ibarat cuka kerana aku membeli berus cat yang dia kutuk itu.
Nippongga.
Dengan menggunakan cat Nippon Paint, rumah anda tiada lagi lumut..haha. Inilah finishingnya, mengecat pintu pagar yang sudah buruk akibat dikikis menggunakan cat Nippon Paint yang berwarna hitam sebab pintu pagar rumah berwarna hitam. Aku lupa nak ambil gambar pintu pagar yang sudah dicat. Maaf ye..hehe
Comments
Maaf Zahir Batin...
Ada Kad Raya Untuk kamoo....
;)