Situasi Semasa H1N1
Nampaknya virus ini semakin merebak di Malaysia. Pakar perubatan masih lagi berusaha mencari vaksin bagi menghapuskan penyakit ini. Macam biasa, fashion terkini yang aku tunjukkan dalam post sebelum ini, memakai topeng muka. Memang ramai yang sedar akan bahaya penyakit berjangkit dan memakai topeng muka ke mana saja. Kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan di Malaysia nampaknya sudah meningkat dan harap-harap ianya tidak berakhir begitu saja. Ia perlu diteruskan bagi membendung pelbagai penyakit yang kita tak tahu bila atau bagaimana ia akan muncul.
Latihan industri
Benda ini menyebabkan aku teramat pening. Pening sekali memikirkan di mana tempat aku akan buat praktikal untuk kursus aku ini. Sepatutnya ia tidak menjadi masalah kerana sepupu abah aku seorang jurutera elektronik di kilang Pioneer di Muar, Johor. Abah aku dan sepupunya sudah sepakat untuk mengambil aku membuat praktikal di situ dan dia akan menjadi supervisor aku. Tetapi, disebabkan keadaan abah aku yang sudah tidak seperti dulu, aku perlu mencari tempat praktikal yang dekat dengan rumah aku. Masalah bertambah rumit apabila kebanyakkan kilang elektronik di Melaka akan ditutup atau berpindah ke negeri lain. Kilang apa ada lagi kat Melaka ni??? Pening kepala aku. Aku memang berharap permohonan di TM Melaka akan diluluskan. Tak kisahlah berlainan kursus, aku tiada pilihan lagi.
Blog
Aku sendiri tidak tahu kenapa aku jarang update blog..haha. Aku tahu kesannya bilangan pengunjung akan berkurang kerana hanya membaca entry yang sama saja. Sebab aku tak tahu nak cerita apa lagi. Itulah sebabnya aku buat entry sebegini..haha. Harap-harap encik Joe tidak mengeluarkan aku dari list followernya..haha. Akhir sekali, kliklah segala iklan yang ada di blog aku ini tidak kira dari Nuffnang atau Google Adsense, nanti aku balas baliklah..hehe. Itu sajalah dari aku. Tunggu post akan datang tak tahu bila..hehe. Sekian.
Comments
kalau hapus kene cari penawar
aiyoo..penim2 dibwatnye lecturer asek tnya msa free nk wat kelas ganti..
ohho..disbbkn bz tu same la gak..tak smpat nk hapdet..incik joe maw buang sy jugak kah?? haha
wei2.. dah cari lum pasal control.. Kau ada internet.. Senang.. hehe aku x de
all d best!
H1LI
^_^