July 19, 2009

Manchester United 3-2 Malaysia All-Stars

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini hari Ahad. Tiada apa yang dapat aku ceritakan melainkan berita sukan yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia ketika ini iaitu perlawanan persahabatan antara Manchester United dan Malaysia All-Stars yang telah berlangsung semalam dengan keputusan memihak kepada Manchester United yang mengalahkan Malaysia All-Stars dengan jaringan 3-2. Sir Alex Ferguson telah menurunkan kesebelasan utamanya termasuklah Michael Owen yang baru dibeli dari Newcastle United. Skuad Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan adanya pemain seperti Indra Putra Mahayuddin, Mohd Amri Yahyah, Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan.


Aku rasa Malaysia kembali mendapat rentak permainan selepas jaringan cantik dari Mohd Amri Yahyah yang menjaringkan gol dari luar kotak penalti. Kesimpulannya, kedua-dua team mempamerkan aksi yang begitu mengujakan lebih 80000 penyokong di dalam Stadium Bukit Jalil. Yang pasti, mereka boleh melihat aksi dari kedua-dua team sekali lagi apabila Manchester United mengesahkan bahawa perlawanan kedua akan diadakan di Kuala Lumpur pada Isnin ini selepas mereka membatalkan perlawanan di Indonesia akibat serangan bom Jumaat lalu. Berikut adalah beberapa gambar menarik sepanjang perlawanan itu.

Manchester United Asia Tour 2009


Rooney membuka jaringan buat Manchester United


Amri Yahyah menjaringkan 2 gol untuk Malaysia


Owen menjaringkan gol kemenangan buat Manchester United

Comments

saya kembali...hehehe

emm nak komen ape ni??nampak macam man u pun tak berape nak bole lawan malaysia..keke buleh tak ckp camtu?aiyo bile liverpool pulak nak lawan ne,,kompom saya pegi..jom nasri..haha

bg email kalo nak info bisnes tu yah,.
Sunday, July 19, 2009
ok apee...3-2 ...maknenye pemain malaysia xdela lembik.....kalo 3-0....haha...malu gak...
Sunday, July 19, 2009
hehe
ku pergi tau
besh2
Sunday, July 19, 2009
tak minat bola.. ehe
Monday, July 20, 2009
salam ukhwah, huhu sy tgk gak live kat astro...cayalah amri...kire ok lah 3-2, hanya menang tipis...tp gara2 bola...msk metro isteri tikam suami sb blek lwt...huhu...
Tuesday, July 21, 2009
heheeh..thniah man U..tahniah msia gak..wee ^__*
Sunday, July 26, 2009
ZeM
hehehe...
Glory man.u

c.r7 x jadi mainan dy dekat R.madrid.(padan muke)
kekekekeke
Sunday, August 02, 2009
helena's > liverpool xdtg malaysia sbb xde fan..haha
Tuesday, August 04, 2009
DilOt > jd sokonglah malaysia..hehe
Tuesday, August 04, 2009
joegrimjow > mmg best sbb mu yg lwn..hehe
Tuesday, August 04, 2009
Jard The Great > mnat pe? hehe
Tuesday, August 04, 2009
✿FITRAH ALAM KELUARGA BAHAGIA✿ > hehe..ala bese la..masam2 manis kehidupan :)
Tuesday, August 04, 2009
^^ PinKy_FuNKy ~~ > thniah dua2..hehe
Tuesday, August 04, 2009
ZeM > ronaldo mmg xkn jd star kt real madrid..haha
Tuesday, August 04, 2009
↑