Itu serba sedikit cerita blog aku. Sejak aku ada blog, aku selalu pergi ke blog lain untuk membaca entry dan memberi komen. Kadang-kadang aku berbalas shoutbox dengan blogger lain. Dekat beratus blog juga yang aku dah jejak. Kadang-kadang aku hanya menjadi silent reader sahaja. Macam-macam jenis blog yang aku dah jumpa. Kamu boleh lihat senarai di bawah.
- Blog mengenai kisah kehidupan Blog jenis ini memang selalu sangat dijumpai. Blog ini biasanya mengisahkan kehidupan yang dilalui penulis. Ada juga yang menjadi blog sebagai tempat luahan hati serta pendapat yang berkaitan dengan peribadi penulis itu. Blog jenis ini jugalah yang menyebabkan seseorang boleh menjadi terlalu addict.
- Online shopping Aku boleh katakan yang blog jenis ini sekarang tumbuh bagai cendawan selepas hujan lebat yang disusuli dengan kilat. Biasanya apabila mengunjung blog ini, kita didedahkan dengan barang-barang yang dijual secara online serta promosi yang dijalankan. Berhati-hatilah apabila melakukan proses jual beli di blog kerana kita tidak tahu identiti sebenar pembuat blog itu.
- Blog informasi Mesti kamu semua kenal dengan blog MY ADHA..hehe. Blog itu merupakan salah satu daripada blog informasi. Blog informasi mungkin memberikan kita informasi yang selama ini kita tidak tahu pun. Namun begitu, janganlah mudah tertipu dengan informasi yang kamu rasa meragukan.
- Blog komuniti Siapa dah join komuniti FCU? Komuniti FCU mempunyai blognya sendiri dan itu yang dipanggil sebagai blog komuniti. Ia merupakan salah satu cara untuk menarik hits ke blog kita. Ada juga blog yang diwujudkan khas untuk blogger yang menuntut di IPTA atau IPTS. Ianya juga boleh dipanggil blog komuniti.
- Download center Blog jenis ini khas bagi mereka yang suka memuat turun tidak kira lagu, movies atau software. Bagi mereka yang suka update blog jenis ini, aku jamin dengan kerajinan promosi blog jenis ini di blog orang lain, kamu boleh dapat pengunjung sehingga 5000 orang untuk sehari. Boleh tengok blog Lagu Top Masa Kini sebagai contoh.
- E-Novel dan komik Menjadi trend terkini bagi golongan dalam linkungan 15-40 tahun membaca novel di internet. Memandangkan banyak halangan yang terpaksa ditempuh demi membeli sebuah novel, lebih baik jika baca sahaja di blog. Kamu boleh tengok contoh blog e-novel di sini.
- Iklan Blog jenis ini kurang digemari oleh aku..haha. Sebab blog jenis ini penuh dengan iklan-iklan yang menyuruh kita mendaftar menjadi ahli, dapat duit dari blog la.
Memang tidak dinafikan sudah ramai manusia yang terlalu taksub dengan blog. Ada manusia menggunakan blog sebagai tempat untuk mencari duit. Ada manusia menggunakan blog sebagai tempat mencari kenalan baru. Media semasa juga sudah mula menjadikan blog sebagai tempat rujukan mencari informasi terbaru. Trend ini memang sudah berleluasa di Malaysia. Jika dulu kita dihebahkan dengan kempen "1 rumah 1 komputer" tetapi kini mungkin kempen itu sudah berjaya, manusia mula berjinak-jinak dengan blog yang akhirnya menyebabkan mereka terlalu mengambil berat mengenai blog. Pegawai kerajaan juga sudah mula menjadikan blog sebagai cara alternatif untuk menyampaikan sesuatu pengumuman atau buah fikiran. Secara tidak langsung, ia boleh mendekatkan pegawai kerajaan yang bertaraf "MENTERI" dengan rakyat.
Sebagai kesimpulan, walau dengan apa cara sekalipun kita berblog, janganlah kita menggunakan hak kebebasan bersuara itu dengan menerbitkan blog atau kenyataan yang boleh menggugat keamanan negara atau agama. Jadikanlah blog sebagai medium untuk bertukar-tukar fikiran walaupun cerita yang kita letak di blog merupakan cerita peribadi atau kehidupan kita sendiri. Terima kasih.
Comments
pelik..tp ia benar ...haha...
kalo gambar yg last tu..."Apabila manusia terlalu taksub dengan blog"...tu dh melampau ar...
hoho gmbar last tu bg mereka yg gle gle gle blog smpai xigt dunia..
erm actually kite leyh wat mcm2 lam blog .
crik income pon buleh , for wat kite gune blog tp tak dpt ape2 hasil . tuh hnye pndangan la . terpulang kpd individu . Blog mmg sesuatu yg leyh wat addict ! haha ;p
err gambo bawah tu..eeekekeke