June 08, 2009

Aku Seorang Penyiasat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini ada beberapa perkara yang aku lakukan dan ianya berjalan dengan lancar..hehe. Pertama, keputusan rasmi bagi pemenang pertandingan Blogger Hunter yang dianjurkan oleh KAMI Blogger sudah keluar pada pukul 6 pagi. Aku memang tabik hormat pada semua krew FCU yang bertungkus lumus memastikan pertandingan ini berjalan lancar walaupun mereka terpaksa menjawab soalan demi soalan yang diajukan oleh para peserta supaya mereka tidak tersesat jalan. Peserta pula ada lebih kurang 80 orang manakala soalan-soalan yang perlu dijawab oleh peserta termasuklah aku ada 227 soalan yang datang daripada blog-blog yang didaftarkan di bawah KAMI Blogger. Mari lihat kedudukan aku..hehe

Aku nombor 2..hehe


Terima kasih aku ucapkan kepada semua orang yang sentiasa menghantarkan undian kepada aku. Aku amat terharu..haha. Sebenarnya pertandingan seperti ini merupakan kali kedua aku masuk. Kali pertama aku masuk contest anjuran blog Nagaperang yang soalannya memerlukan aku untuk menggodek blognya. Bezanya hanyalah Blogger Hunter ini memerlukan aku untuk menggodek berpuluh-puluh blog yang berlainan rasa, wajah dan kandungan. Kadang-kadang, Mozilla Firefox yang aku sanjungi ini asyiklah beku (freeze) bila buka beberapa blog..hehe. Macam-macam jenis blog yang aku jumpa. Ada yang jual barang, ada yang blognya pasal jeruk (uishhh), ada blog pasal kesihatan, ada blog pasal peribadi, ada blog mengenai kehidupana seorang mama..hehe. Disamping aku menyertai contest ini, aku dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara blogger walaupun jumpa di alam maya sahaja. Mana tahu kemudian harinya diadakan pula perjumpaan blogger di alam realiti..hehe.

Ok, itu mengenai pengalaman aku. Mengenai hadiah pula, hadiahnya memang lumayan. Ini hadiah untuk aku..hehe

Sebotol Miracle Neem Scrub (300gm) bernilai RM65 ditaja oleh FCU Miracle


1 Sinus Treatment Set bernilai RM46 ditaja oleh FCU Miracle


Sebotol Miracle Hair Mask bernilai RM26 ditaja oleh FCU Miracle


Selimut Cotton bernilai RM40 ditaja oleh Homedecoonline


Alas gelas bernilai RM10 ditaja oleh Homedecoonline


DHIA PERFUMES bernilai RM19.90 ditaja oleh AnisShop


Satu tapak pengiklanan tajaan DAUS selama 30 hari


Sesudah aku kira, hadiah ini semua berjumlah RM206.90 tidak termasuk tapak pengiklanan kerana ianya percuma..hehe. Kamu semua yang belum join lagi komuniti FCU atau dikenali sebagai KAMI Blogger, bolehlah mendaftar sekarang kerana ianya percuma dan banyak lagi contest yang akan berlangsung di masa hadapan. Tak percaya? Boleh tengok di sidebar blog aku yang bertajuk "Komuniti FCU"..hehe

Satu lagi benda yang aku buat hari ini ialah pergi hospital untuk mendapatkan rawatan akupuntur. Bukan akupuntur tetapi akutumbuk. Aku dipaksa menumbuk tanah liat itu supaya jari aku boleh genggam dengan sempurna..hehe

Comments

zai
tahniah2..moge2 pasni bole brkumpl sume ahli kami blogger di alam realiti,mcm ko ckpkn tu..
err..nape tngn,eksiden eh?apepn.moge cpt smbuh..
Monday, June 08, 2009
hehe
hebat betoi ko ni yee
haha
bangga sematrx dluuu
Tuesday, June 09, 2009
Salam..En Nasri..Tahniah..!Huhu..bnyk dpt adiah tu..!
Tuesday, June 09, 2009
waaaa..... ko dpt nombor 2..tahniah!!!
Tuesday, June 09, 2009
zai > arp2 la..tp klau kt melaka lg ok..haha aku accident smse nk mengambil exam last..haha
Tuesday, June 09, 2009
joegrimjow > rmai yg menyokong..haha idup kmm..haha
Tuesday, June 09, 2009
ieDa > bnyk2..tp sume bg mak n si dia..hehe
Tuesday, June 09, 2009
Jard The Great > time ksih..ko yg undi aku..dpt r nombor 2..hahahaha
Tuesday, June 09, 2009
wahh.. tahniah..
hadiah pun besh² tuh.. heheh..
Tuesday, June 09, 2009
waaa..hebat gak ko ni kan...

tahniah...1000x
Tuesday, June 09, 2009
wow!
tahniah2!
xD
Tuesday, June 09, 2009
Along Arman > adiah best tu yg tertarik nk msuk..hehe
Tuesday, June 09, 2009
DilOt > xla hebat..brusaha nk dptkn adiah tu..hehe
Tuesday, June 09, 2009
Eazy Izzuddin > time ksih..hehe
Tuesday, June 09, 2009
nas? owww.. =)

<-- bukan nk komen entry, tapi nak komen d cute couple. ehe
Tuesday, June 09, 2009
ije > *blushing* hehe
Wednesday, June 10, 2009
Anonymous
tahniah buat kamo..huhu kamo x komen my blog pon..
Thursday, June 11, 2009
salam perkenalan...tahniah iela ucapkan...iela pun menang gak tapi hadiah saguhati je..tak pe janji kita memeriahkan contest tu...p/s..bape soalan dapat jawab...mesti lenguh2 tengkuk n sakit mata ek...
Thursday, June 11, 2009
Mangkuk.com > uhh..sori xpasan..hehe
Thursday, June 11, 2009
miela77 > time ksih..hehe thniah gk sbb brjaya abskn contest..hehe emm dpt jwb dlm bpe ratus tah..xigt..hehe
Thursday, June 11, 2009
↑