Suasana di dalam wad. Ada orang patah kaki.
Apabila insiden itu berlaku, aku tahu yang aku akan jawab juga paper itu tetapi bukan hari itu tetapi suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh pensyarahku. Pastinya orang lain akan berdebar-debar menunggu keputusan peperiksaan akhir tetapi aku berdebar-debar kerana akan menjawab soalan paper ini..haha. Bertubi-tubi handset aku ditembak dengan mesej-mesej daripada kawan aku tapi aku tidak mampu untuk membalasnya kerana aku tidak larat lagi..hehe.
Cebisan luka di tangan kiri.
Bertempat di wad Ortopedik D4 katil 3 Hospital Melaka, aku hanya mampu berehat di atas katil dengan memakai baju dan seluar hijau memandang keadaan pesakit sekeliling. Walaupun hanya tulang di 3 jari kanan aku yang sedikit tersasar, aku masuk wad juga..haha. Ok jugalah sebab aku dapat makan free. Duit wad semua UTeM tanggung..hehe. Itulah kelebihan orang masuk UTeM ni..hehe (promote jap). Sehari selepas aku keluar wad (sehari semalam je aku duduk wad..hehe), gempar dengan kes meningitis di Melaka. Maka, ramailah pesakit ini di Hospital Melaka. Nasib baik aku dah keluar wad..haha.
Sup ayam sedap untuk pesakit..hehe.
P.S. : Kepada cik Jard, lupakan hasratmu untuk mengesyorkan namaku kepada kawanmu di Intel kerana aku belum menjawab soalan cip lagi..haha
P.S.S. : Aku perlukan masa lebih kurang 1 jam 13 minit untuk menyiapkan entry ini. Kejap je kan..haha.
Comments
adehh.. patutla lama ko tak hapdet..
anyway heal soon k..
sakit2 pun blog tak dilupakan kan..hehe
blog xleh lpe sbb sy sudah jatuh cinta dgn blog..haha
anyway, get well soon!