Video tape zaman dulu. SumberAku juga berasa bangga kerana tidak perlu lagi untuk menyewa video tape sebaliknya mak aku sudah mampu membeli video tape sendiri. Cerita pertama yang mak aku beli ialah Hello Brother iaitu sebuah filem lakonan Salman Khan (hindustan..hehe). Namun begitu, disebabkan harga video tape yang mahal, dalam linkungan harga RM20, mak aku tidak mampu membeli seberapa banyak video tape. Tahun itu tahun 2000. Aku baru masuk alam video tape, manusia sudah selangkah ke hadapan dengan filem-filem dijual pula dalam bentuk CD. Haiyoh, aku ketinggalan lagi. Namun begitu, pada tahun 2001, abah aku sudah menuntut wang pencennya sebanyak RM10 000 dan membeli set HiFi cap Sony. Tidak mahu ketinggalan barangkali.
Dengan adanya set HiFi itu, maka mak aku bolehlah membeli cerita di kedai-kedai dengan berleluasa kerana harga CD itu lebih kurang RM5 sekeping, 4 kali ganda lebih murah daripada video tape. Setakat ini, sudah lebih kurang 100 CD yang sudah mak aku beli, cerita-cerita dan juga lagu. Namun begitu, manusia tidak puas lagi. Keluarnya DVD menyebabkan kebanyakkan cerita kini sudah boleh dimainkan secara interaktif dengan adanya menu-menu yang boleh dipilih. Aku pula, masih lagi tersangkut dengan CD-CD yang sudah berlambak di rumah. Namun begitu, set HiFi itu macam sudah merasa yang beliau sudah ketinggalan zaman. Hasilnya, pemain CD rosak dan tidak boleh dibetulkan kembali.
Dengan harga RM180, abah aku menyuruh mak aku membeli pemain DVD pula. Tahun itu tahun 2007. Pemain DVD digunakan untuk memainkan CD-CD lama yang ada di rumah. Semenjak pemain DVD itu ada di rumah, tidak pernah sekali mak aku membeli cerita dalam bentuk DVD kerana harganya terlalu mahal. Tetapi, waktu itu aku sudah mempunyai laptop dan sudah kenal dengan istilah cetak rompak. Teruja untuk melihat pemain DVD itu memainkan DVD, aku burn 5 cerita dalam 1 DVD dan hasilnya mak aku suka dan menyuruh aku download cerita banyak-banyak..hehe.
Digital Video Disc. SumberPada ketika ini banyak cerita telah dikeluarkan dalam bentuk High Definition yang mana kita dapat melihat dengan lebih jelas babak-babak dalam cerita tersebut. Sudah keluar pula Blu-Ray disc dan juga HD DVD yang berkapasiti lebih tinggi untuk menyimpan cerita-cerita High Definition. Adakah teknologi ini berkembang lagi? Aku tak tahu..hehe
P.S : Waktu ini aku sedang download cerita Quarantine dalam High Definition..hehe
Comments
mase tu da xpakai da
pemain video maseh ade di rumah ni sampai skang
hehe
tp da rosak la
huhu
err saya nak cerita slamdog millionaire buleh burn kan??buleh laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..haha
ak x penah guna pon rasenya...hik3
peralihan zaman..
bg si dia yg cetak rompak???hehe
bek bg dlm pendrive jer...
leh save dlm hard disk tros..hehe
derma kat tong sampah erk....
but me still at home
syg wooo
=P