Kemeriahan dirasai walaupun pada ketika itu aku ada kelas.
Robot yang diperbuat daripada barangan kitar semula.
Sepanjang pertandingan tersebut, datanglah beberapa buah sekolah membawa pelajarnya melihat produk yang ada di situ. Ada juga politeknik yang datang. Kemeriahannya semakin dirasai apabila ada gerai menjual kain batik di situ..haha. Tetapi kemeriahannya tidak dapat mengubah pendirian beberapa orang pensyarah untuk menjalankan kelasnya walaupun apabila keluar dari bilik kuliah itu, kebisingan yang teramat sangat melanda kerana pameran dijalankan di depan bilik kuliah tempat aku belajar. Kemeriahan tidak menghalang pensyarah untuk meneruskan pembelajaran walaupun air-cond di dalam bilik kuliah itu macam internet yang kejap-kejap ada kejap-kejap putus.
Apabila pintu bonet belakang kereta menjadi mangsa keadaan.
Sistem wuduk automatik.
Nampak projek di atas itu. Ha, projek itu memang tiada dalam INOTEK tetapi aku jumpa benda alah ini semasa membawa adik aku pergi ke Karnival Jom Masuk U di MITC. Projek ini namanya Sistem Wuduk Automatik (nama aku bagi) di mana ada alat sensor yang terdapat di bawah pili air itu mengesan kehadiran tangan dan pili air secara automatiknya akan terbuka mengikut kesesuaian air yang akan dicurah yang telah disetkan di dalam komputer. Projek ini merupakan projek master bagi seorang pelajar jurusan dari Fakulti Pembuatan, UTeM. Kalau tak silap aku, projek ini pernah masuk pertandingan apa tah peringkat kebangsaan. Tak tahulah menang atau tidak..haha
Lokasi : FKEKK, UTeM Kampus Durian Tunggal
Comments
GOOD LUCK.. selingan je td. besh2 info, teruja gaklah tp ape pasal sikit je gmbrnye? ape pasal x catch semua n paste kt post ni.. hehe..