Mereka sedang memikirkan cuti semester.
Kita mungkin akan jumpa dengan keadaan di mana adanya orang yang menghentak kepala di dinding kerana bengang apa yang di baca tidak masuk ke dalam kepala otak. Mungkin juga kita akan jumpa dengan manusia yang suka menjerit-jerit "Susah siot nak hapal rumus!!!!!!", "Boleh pecah kepala aku camni, tension!!", "Kenapalah u buat final test..sje nk bg org fail", tak pun kita akan mendengar "Alaaaaaaaaaahai" (guna Dato M Daud Kilau). Atau mungkin juga kita akan berjumpa dengan manusia yang berperangai paranormal bukan kerana dirasuk jin, tetapi dirasuk dengan soalan-soalan yang susah.
Namun begitu, tidak perlulah menjadi seorang yang berperangai seperti di atas atau berperangai bukan seperti biasa. Kita hendaklah cool menghadapi peperiksaan seperti budak kelas aku ni ha. Mereka merasakan yang soalan final terlalu senang untuk dijawab sehinggakan mereka lupa, alpa dengan kesusahan yang dialami semasa final exam. Aku yang mengambil gambar terasa tension bukan kerana soalan yang susah, tetapi melihat gelagat mereka yang hanya tersenyum, gelak riang gembira. Aku rasa mungkin mereka menggunapakai moto ini "Hidup biar ceria" dan mereka memang ceria walaupun berada di dalam situasi yang mencemaskan. Aku rasa lagi, walaupun fakulti FKEKK terbakar sekalipun, mereka tetap riang gembira kerana tiada kelas..hehe.
Ceria setelah memikirkan sesuatu yang ingin dibuat apabila cuti.
Lokasi : Foyer FKEKK, UTeM
Comments
hahaha
anyway all the best to you all.
ke control :P
good luck & all the best for ur xm :)
peace!!