Tingkat atas, nampak aman sahaja. Manusia tidak tertumpu di bahagian atas.
Bila harganya sebegitu, maka banjirlah Mydin itu. Banjir dengan manusia. Sampai aku tidak kenal lagi lelaki dan perempuan. Semuanya main lalu dan lalang je
Banjir. Manusia mendapatkan 2 ekor ayam berharga RM0.99 sekilogram.
Tak pernah aku tengok lagi orang kena beratur macam budak sekolah beratur nak ambil makanan di kantin untuk mendapatkan 2 ekor ayam. Selepas itu beratur lagi sekali untuk mendapatkan 2 ekor ayam lagi dan begitulah seterusnya sehingga jiran aku berjaya menyambar lebih kurang 20 ekor ayam dengan harga lebih kurang RM21.00 sahaja..haha. Sayur pula aku tengok sekali ambil dekat 20 ikat. Baru RM2.00..haha. Lain-lain barang banyak juga harganya turun sempena promosi pembukaan Mydin di situ.
Baju kurung. Paling mahal harganya RM49.99.
Medan selera di Mydin. Harganya mahal sekali.
Terima kasih kerana membeli belah di Mydin.
Kesimpulannya, pergilah ke Mydin Ayer Keroh kerana harga sedang turun. Pada 25 April 2009, harganya mungkin kembali kepada harga normal..haha.
Lokasi : Mydin Mall Ayer Keroh, Melaka
Comments
ko lmbt..
ahaha