April 17, 2009

Industri Kacang Soya

Hari ini kita bercerita mengenai kacang soya. Sebenarnya aku nak bercerita mengenai air soya homemade yang aku buat pagi tadi. Tidak susah pun nak buat air soya. Cuma perlukan kacang soya, blender, air paip dan gula sahaja. Kacang soya pula perlu direndam selama sehari supaya kacang soya mendapat air yang secukupnya untuk menjadikan ia teramat segar dan besar sekali..hehe.

Kacang soya yang segar

Kacang soya yang segar itu pula dihancur-hancurkan menggunakan blender untuk mendapatkan airnya. Dengan menggunakan kain yang terbaik, aku mampu memerah air soya dengan baik dan banyak sekali. Cuma perlu bayangkan kau memerah susu lembu. Ha, lebih kurang macam itulah..haha. Perah dan perah lagi sehingga air soya habis diperah kemudian hampas soya itu diblend lagi dan diblend lagi dan diperah sekali lagi dan diblend lagi hampas soya itu dan diperah lagi. Gunakan kekuatan dalaman atau tenaga batin supaya perahan menjadi lebih syok dan sedap..haha. Bila perahan menjadi sedap, maka banyaklah air soya yang terkumpul.

Hampas soya. Tidak mampu lagi mengeluarkan air soya..haha

Air soya yang telah terkumpul itu kemudian dididihkan dengan suhu yang aku tidak tahu berapa sebab aku didihkan atas api..haha. Apabila air soya telah mendidih, gula sebanyak lebih kurang 4 senduk ditabur dengan muka senyum ke dalam air soya itu. Memang sedap sekali dan amat berbeza dengan air soya yang dibeli di kedai-kedai..haha. Apabila air soya itu panas, aku pun sejukkan ia kembali sehingga sejuk beku supaya ia menjadi air soya ais..haha.

Air soya yang banyak hasil perahan yang hebat..haha

P.S : Kenapa aku rasa ayat-ayat dalam entry ini nampak semacam je..tolong jangan pikir lain. Aku cuma nak beritahu bahawa entry di atas ialah cara-cara aku buat air soya bukan buat benda lain..haha

Comments

wahhh...terliur plak bace en3 kali neyh..
hehe
nak skit..
jgn minum sorang jew..
Friday, April 17, 2009
mak ai..jantung sebenar kah itu?bisa buat ku kecut dan berdegup degup..hehe
Friday, April 17, 2009
m[i]era > trliur ke..g bli air soya..hehe emm bkn sy je mnum air ni..fmily sy mnum gk..so sy xmnum sorg..haha
Saturday, April 18, 2009
Cik Angah > xtau..bce artikel kt national geographic tu jantung manusia..dlm proses nk healing..hehe
Saturday, April 18, 2009
*fikir straight. ehe.

lama x minum soya panas. best! nak bg cyg je ke? kak ije kat sini cne?
Saturday, April 18, 2009
hrmm...
ko telah memberi aku idea~...

btw, aku nak secawan gak~
Saturday, April 18, 2009
ije > ye..soya panas best..soya sejuk pn best..hehe emm kak ije jauh di kelantan..xsmpat soya tu smpai je dh basi..hehe
Saturday, April 18, 2009
Muhammad Nazeef > idea apa yg ko ada? haha..soya secawan xde rse nikmat..hehe
Saturday, April 18, 2009
adoiiii...jantungku tidak akn mcm 2 lg dah..hancor..rosak...disebabkn makhluk bername PERMPUAN!!!!!hak3
Saturday, April 18, 2009
SyaZNaN > ntam la..haha klau awek hot dan sexy ngorat ko..msti ko xnk kn..haha
Saturday, April 18, 2009
↑