
Kerja yang berat macam kerja di tapak binaan.
Mari kita lihat apa yang Mohd Nasri buat sepanjang minggu ini :
- Isnin, 6 April 2009 Membentangkan presentation berkaitan dengan mini projek micro-p yang bertajuk "Menyalakan LED" haha. Presentation berjalan lancar sehinggalah apabila lecturer menanyakan begitu banyak soalan taraf hardcore, group aku hanya mampu memberi senyuman lebar dan mesra kepada lecturer.
- Selasa, 7 April 2009 Memikirkan mengenai masa depan yang tidak tentu. Hanya membelek-belek result bagi report Electronic System supaya aku dapat faham apa yang cuba hendak disampaikan. Rajin kan aku? haha. Pagi itu pula perlawanan UEFA Champions League antara Manchester United dan FC Porto berlangsung dengan keputusan seri 2-2. Tapi aku tak tengok sebab kepala otak aku sudah mula menunjukkan tanda-tanda pelik. Tidur pukul 2.33 pagi.
- Rabu, 8 April 2009 Malam itu, aku mula menyiapkan long report BENE 3. Memang long lah report aku tapi malam itu aku tidak sempat untuk menyiapkannya kerana terlalu banyak memikirkan bahagian teori. Susah nak cari informasi yang kena dengan apa yang aku belajar. Kebanyakkan yang aku jumpa merupakan informasi yang advance, iaitu sesuai bagi orang yang nak dapatkan pangkat doktor. Tidur pukul 3.01 pagi.
- Khamis, 9 April 2009 Hari itu aku mula memerahkan kepala otak aku supaya long report BENE 3 dapat disiapkan dengan jayanya. Tiba-tiba, group micro-p aku berduyun-duyun menghantar kerja-kerja mereka kepada aku. Bertambahlah kerja aku daripada satu menjadi dua. Inspektor Suha membuatkan aku menjadi bertambah panas apabila dia menyatakan bahawa dia hendak makan rendang dan menyuruh aku menyiapkan kerja. Tidak mengapa, dia seorang bakal polis. Di hostel juga kabut sorang-sorang tidak siap lagi assignment micro-p, long report dan juga assignment control principle. Aku di rumah tenang menghadapi semua itu. Tidur pukul 3.33 pagi.
- Jumaat, 10 April 2009 Pagi itu, aku membuat last touch-up sebelum pergi ke library untuk memprint semua kerja yang aku buat malam tadi. Hasilnya, aku perlu membayar sebanyak RM5.30 untuk 2 report. Report micro-p setebal 32 page dan long report aku setebal 21 page. Kedua-duanya aku stapler dengan stapler yang kecil. Lagi gila aku dibuatnya. Petang pula, kabut apabila encik syukor memberitahu bahawa slide show perlu dihantar sekali bersama report micro-p. Shafiee yang terlalu kabut terus pergi ke library untuk memprint. Pergi kali pertama, printer rosak. Pergi kali kedua, library tutup. Kesimpulannya, aku senyum riang gembira.
Tamat cerita pasal kerja berat. Sambungan untuk hari Jumaat, hari ni lah. Petang lagi pula, aku bersama-sama dengan rakan kesayanganku, piji, ayie dan shafiee pergi ke Restoran D' Pelican. Aku sudah cerita dulu pasal restoran ini yang tidak menawarkan roti kosong (roti canai) sebaliknya mengagak bahawa roti kosong itu adalah roti putih cap Gardenia. Tak ingat? Pergi je ke sini..haha.
Minuman petang pembuka selera.
Tetapi berlainan pula kali ini, ia menawarkan roti yang aku idamkan dahulu. Roti canai. Aku takut untuk bercakap dengan pelayan itu meminta roti kosong kerana mungkin dia ingat roti putih cap Gardenia lagi. Akhirnya, aku puas juga..haha. Jom usha gambar mereka. Gambar aku tiada kerana aku malu..haha.
Roti telur diorder oleh encik Ayie.
Juadah petang pembuka selera.
Comments
lame tak mkn..~~
ishk3..
bestnya kerja2 berat dah settle. kerja-kerja berat ije bakap bermula awal mei nanti. aaaa!!
ijechan > mei nnti sy cuti..xde kje..hehe