Budak bawah umur
Jika dahulu, kita tengok budak yang baru masuk ke alam persekolahan pasti akan menangis kerana tidak mahu melepaskan ayah atau ibunya. Tetapi, lama kelamaan perasaan ingin pergi ke sekolah akan tersemat di dalam hati sehinggakan apabila mereka datang lambat, pasti mereka berasa macam bersalah. Apabila sesi persekolahan sudah habis, mereka pasti akan berbaris dan menunggu bas sekolah atau pulang dengan menaiki kereta atau motor. Mereka tidak melencong ke mana-mana. Mereka tidak pergi ke kedai basikal untuk membetulkan basikal. Mereka tidak pergi ke kedai games untuk membeli pocket games seperti brick game.
Budak bawah umur zaman sekarang amat membimbangkan semua masyarakat kerana kebanyakkannya tidak menunjukkan minat untuk pergi ke sekolah. Malah, tidak hairan jika kita tengok budak umur 5 tahun pun sudah memiliki sebuah, mungkin dua buah telefon bimbit. Di bawanya ke sekolah dan bermesej-mesej sewaktu cikgu sedang mengajar. Budak bawah umur sudah berperangai begitu, belum lagi bila tiba waktunya meningkat dewasa. Pergilah ke masjid sewaktu solat Jumaat. Kita boleh nampak ramai budak membuat bising sewaktu khatib membacakan khutbah. Di tempat aku ni, imam sampai dah tak sabar lagi melihat budak-budak ni buat bising. Dah la berlari-lari di dalam masjid, kacau orang lain tengah bersolat pulak.
Golongan bijak pandai
Dulu, tidak ramai golongan yang berjaya di universiti. Mereka rata-ratanya tidak mahu menyambung pelajarannya dengan alasan tidak mampu membayar yuran universiti atau ingin menolong keluarga. Memang terlalu susah nak cari golongan yang sudah melepasi peringkat ijazah sarjana muda, apatah lagi peringkat master dan pHd. Kaum Melayu merupakan kaum yang paling sedikit bilangannya di peringkat ijazah. Padahal kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia. Apabila sains dan teknologi mula diperkenalkan secara berperingkat di Malaysia secara menyeluruh, barulah mulanya anak muda Melayu masuk universiti.
Tidak hairanlah mengapa setiap tahun Malaysia digemparkan dengan seorang pelajar yang berjaya mendapat 20A atau 21A1 atau 50A sekalipun. Dengarkan saja panduan daripada kesemua pelajar ini. Mereka tetap akan menyatakan bahawa ibu bapa merupakan asas dalam kejayaan akademik dan Allah s.w.t merupakan tempat bagi meminta keberkatan. Atau bertafakul bagi agama lain. Sama sahaja. Sekarang juga jika kita lihat memang ramai yang sudah melepasi peringkat ijazah, malah ramai juga yang sudah mendapat pangkat doktor kehormat. Di kala gejala sosial mejadi kebimbangan semua pihak, ramai juga yang berjaya dalam pelajaran masing-masing.
Aku bukanlah ingin berbangga dengan zaman aku. Cuma, kita perlu sedar yang memang banyak perubahan telah berlaku. Perubahan ini mungkin boleh menyebabkan banyaknya berlaku gejala sosial seperti sekarang ini atau ramainya golongan cendikiawan yang menjadi tulang belakang dalam membangunkan Malaysia. Persoalannya sekarang, apakah yang boleh kita lakukan kepada budak bawah umur itu? Adakah mereka juga boleh menyumbangkan golongan cendikiawan seperti sekarang dengan hanya pergi ke sekolah tanpa ada rasa ingin belajar?
Comments
terase plak bile bace en3 neyh..
kehkeh
pape pun smoga berjaya!! doa mrcoklat skali.. exam pon x lame dh nih.. hehe..
sme la sy ada exam lg ni..last paper..semoga berjaya..