Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Semasa aku menaip entry ini, aku telah menconteng dua kertas exam yang aku rasakan amat mencabar sekali. Paper pertama, Hubungan Etnik menguji stamina setiap pelajar apabila soalannya berbentuk esei yang memerlukan stamina yang kuat untuk menulis esei yang panjang. Jika stamina tidak cukup kuat, maka tangan pun akan menjadi lenguh serta tiada kekuatan untuk menulis. Paper kedua pula, Prinsip Kawalan yang baru sahaja aku jawab petang tadi, merupakan paper yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan dan kurangnya nombor-nombor. Paper ini pula menguji kesabaran setiap pelajar dalam menjawab soalan-soalan yang bertahap pHd. Persoalan yang bermain di fikiran aku ialah adakah pensyarah bermurah hati menambah masa sebanyak 15 minit lagi? Kerana sudah termaktub di dalam kertas itu bahawa masa mejawab ialah 2 jam 30 minit. Aku mula menjawab soalan pada pukul 2 petang dan sepatutnya habis pada pukul 4.30 petang. Tetapi, mungkin pensyarah bermurah hati lalu memberi tambahan masa sebanyak 15 minit dan exam habis pukul 4.45 petang. Boleh rujuk di blog Azmi jika ingin tahu apakah itu
prinsip kawalan.
Lama sudah aku tidak berjalan di blog orang dan memberi komen. Minggu ini aku terlalu sibuk untuk study, menghafal rumus, membuat latihan dan tidur. Nanti kalau aku ada masa, aku jenguk blog ko eh. Banyak juga award yang blog aku ni dapat tapi belum diambil lagi. Mungkin dah expired kot. So, aku pun terpaksalah menggodek kembali entry di blog-blog orang yang memberi aku award..haha. Maka, dapatlah aku tiga award yang amat cantik ini..hehe.
Award dari blog rama-rama..hehe
Bukti aku menggodek entry dari blog ni..haha :
Sini
Tarikh dapat award : 8 April 2009
Award dari bloggger Sabah, Anna
Sekali lagi, bukti aku menggodek entry dari blog ni..haha :
Sini
Tarikh dapat award : 17 April 2009
Award dari cik sara, budak kelas aku dulu..haha
Sekali lagi, bukti aku menggodek entry dari blog ni..haha :
Sini
Tarikh dapat award : 15 April 2009
P.S : Sori aku lambat amik. Dah expired ke belum? Kalau dah expired pun, aku tampal gak kat sini..haha
Comments
mekaseyh dtg amek..nk merajuk da ni incek nasri tak maw amek award tu..hahaha~
biasala musim exam gini, busy. kan2?~ ije je la goyang kaki. ehe
haha..award trkumpul yg xamik lg..haha
oo goyang kaki tggu award smpai eh..haha
kita ada ambil paper yang sama la..paper hubungan etnik..nasri study dekat mana?