Ayie dan Peja sedang "menemubual" seorang pekerja.
Restoran ini memang terkenal di sekitar MITC kerana ia adalah satu-satunya restoran yang terletak di dalam linkungan MITC. Mungkin juga ia merupakan tempat strategik bagi menarik pengunjung yang rata-ratanya orang bisnesman macam ajib dan peja untuk datang dan makan di situ. Restoran ini juga diuruskan oleh mamak..haha. Bagi aku, managernya agak !@#$%^&* kerana setiap kali dihubungi untuk membuat temubual berkaitan dengan makanan mamak, mesti dia akan berkata "I'm busyman. You know I have to deal with many food and its can make me fat!!" Dan ketua kumpulan group kami iaitu Peja teramat tension kerana tidak dapat menemubual managernya itu. Akhirnya, aku melantik diriku sebagai jurugambar a.k.a photographer dan mengambil gambar di Subaidah secara curi-curi untuk dimuatkan ke dalam report HE group..haha
Kari ayam masala.
Disebabkan keengganan managernya untuk menemubual, aku menjadi spy photographer sebentar dan mengambil gambar di atas di kala ayie dan peja sedang menanyakan sesuatu kepada pekerja Subaidah itu (di kala hujan renyai-renyai). Selepas kejadian itu, pekerja itu hanya memandang sahaja ke arah kami mungkin kerana dia tidak sempat untuk posing di depan kamera (sori la, aku xnk pn amik gmbau kamu). Gambar ini menjadi "bukti" bahawa kami telah membuat "temubual" bersama "manager" restoran itu..haha.
Pekerja sedang melayan karenah pelanggan.
Ya, lauknya memang nampak sedap kerana lauk dari masakan mamak. Memang menjadi sambutan kepada sesiapa sahaja yang datang di restoran itu. Tak menariknya, kita tidak boleh mengambil nasi dan lauk sendiri. Ianya akan disediakan oleh pekerja di situ juga. Pelik bagi aku kerana harga bagi semua makanan di situ teramat mahal namun ramai juga orang datang.
Dari kiri : Suha, Ajemi, Peja, Chafiee, Ayie, Piji, aku, Ajib.
Comments