Ayam goreng KFC dah habis..hehe
Perut kamu sedang memainkan muzik orkestra yang teramat kuat sehinggakan orang di sebelah boleh mendengarnya. Kamu berasa panik. Kamu berasa cemas. Tiba-tiba, kepala otak kamu memberi satu cadangan yang membuatkan kamu terus pergi ke situ. KFC (sedap sehingga menjilat jari). Dengan berbekalkan duit yang ada, kamu mengorder beberapa ketul ayam spicy, kentang goreng, coleslaw, kentang putar dan air pepsi cawan besar. Kamu mencari tempat yang kosong. Ha, ada satu. Kamu pun duduk di situ. Makan dengan lahapnya sehingga terlupa hendak mengambil resit bayaran. Kamu malu. Tapi kamu makan dengan lahapnya. Apabila perut kamu sudah mula senyap, kepala otak kamu memberi persoalan kepada kamu, kenapalah ayam di KFC teramat sedap sehingga menjilat jari? Kamu pelik.......
Adegan seperti di atas biasa terjadi kepada ramai orang..hehe. Memang diakui, resepi ayam goreng di KFC merupakan antara resepi yang paling sedap di dunia. Walaupun ayam goreng, Kolonel Sanders, manusia yang bertanggungjawab membuat resepi ini, mampu memberi kepuasan kepada setiap pelanggan yang datang dan makan di gerainya pada waktu dulu. Kini, terdapat beribu-ribu cawangan di seluruh dunia dan resepinya tetap sama. KFC sebenarnya menjadi restoran pilihan ramai kerana ayam gorengnya yang sedap. Ramai mengetahui bahawa resepi ayam goreng KFC dibuat dengan menggunakan 11 rempah ratus dan herba rahsia yang hanya diketahui oleh 2 manusia di dalam Ibu Pejabat KFC di Amerika Syarikat sahaja.
Menurut encik Wiki, kertas yang mengandungi 11 jenis rempah ratus dan herba dan sukatan penggunaannya serta ditandatangani oleh Kolonel Sanders telah dikunci dan dijaga dengan rapi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Bahan-bahan ini telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa cawangan KFC dan dikisar-kisar dengan rapi. Hasil akhirnya akan dihantar kepada pusat komputer untuk memastikan tiada identiti rempah ratus dan herba yang boleh diketahui oleh mana-mana pihak. Sungguh rapi..haha.
Bagaimana pula di Malaysia? Adakah bahan-bahannya sama dengan 11 rempah ratus dan herba KFC yang asal? Aku tidak tahu kerana ia adalah top secret juga..haha. Tapi ianya dijamin halal dan boleh dimakan oleh semua pihak..hehe.
P.S : Rahsia resepi KFC tidak dapat diselongkar..haha

Comments
saye kagumi dgn Kolonel Harland Sanders, die yg asaskan ayam paling sedap di dunia :)
saye sukew KFC :)
jom g kfc..tp dh tutup skg..hehe
cuma ada kt area kedah ngn perlis ja :P
mira dah boikot..
tp skung still
menyentuh + membeli + merasa
huhu
psr mlm fried chicken pn sodap gk..haha
@m[i]era :
err..knpe boikot kfc? kfc kt malaysia xde kaitan dgn kfc global..kt malaysia, kfc cme pnjam nme je..
@ijechan :
terer kn sy..hahaha (xde kaitan)
wonder excatly how it works...
i like kfc.......