Earth Hour merupakan program yang bermula di Sydney pada tahun 2007 untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai betapa pentingnya tindakan perlu diambil untuk mengurangkan suhu global yang semakin lama semakin meningkat. Para saintis bimbang jika suhu global ini meningkat, ia mampu mencairkan ais di Kutub Utara dan ia cukup untuk menenggelamkan sebuah negara yang kecil seperti Singapura. Antara fakta mengenai Earth Hour di Sydney tahun 2007 :
- Menurut Energy Australia, sebanyak 10.2% penurunan penggunaan tenaga elektrik di seluruh Australia semasa program Earth Hour berlangsung.
- Penurunan sebanyak 24.86 tonnes karbon dioksida, bersamaan dengan 48 613 kereta tidak digunakan dalam masa sejam.
- Suhu di Sydney semasa Earth Hour 2007 ialah 19.8oC
Pada tahun 2008 pula, program Earth Hour ini telah berkembang di seluruh dunia. Sebanyak 36 buah negara telah bersama-sama dalam usaha untuk menurunkan suhu global yang semakin meningkat dan menjadi kebimbangan kepada semua pihak. Menariknya, Earth Hour 2008 menyaksikan beberapa buah bangunan yang menjadi lambang kepada sesebuah bandar bergelap seperti :
- Empire State Building (Bandar New York)
- Sears Tower (Chicago)
- Golden Gate Bridge (San Francisco)
- Sydney Opera House (Sydney, Australia)
- SM Mall of Asia & The Giant Globe (Manila, Filipina)

Logo Earth Hour.
Sumber fakta :
Comments