Wall-E - Pembersih sampah robot Bumi.
Walaupun kapten di dalam kapal angkasa telah disajikan dengan pelbagai suasana menarik di Bumi, namun beliau tidak boleh menerima hakikat yang Bumi sekarang tidak lagi mempunyai tumbuhan hijau, air sungai yang jernih. Niatnya untuk pulang ke Bumi dihalang oleh robot di bawahnya kerana beranggapan bahawa Bumi tidak boleh diduduki kerana kepadatan sampah yang tinggi. Kapten yang tidak percaya kepada robot itu pulang juga ke Bumi dan beliau berharap agar Bumi dapat dipulihkan kerana Bumilah tempat asal mereka.
Mampukah tumbuhan ini hidup dikelilingi dengan sampah sarap?
Eve - Robot yang dihantar untuk mengambil sampel tumbuhan hijau.
Oleh kerana manusia telah serasi hidup di dalam kapal angkasa, ia telah membuatkan bentuk fizikal manusia berubah dengan drastiknya. Sehinggakan mereka berasa teramat malas untuk bercakap dengan kawannya yang berada hanya di sebelahnya sahaja. Mereka menggunakan sepenuhnya teknologi yang ada untuk berkomunikasi dan mereka hanya duduk sahaja di atas kerusi yang bertindak sebagai "kereta" untuk membawa mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi. Oleh kerana mereka hanya duduk sahaja di atas kerusi, jadi mereka kekok sangat untuk berjalan menggunakan kaki kembali. Seperti budak kecil yang baru belajar berjalan.
Bentuk badan manusia dalam kapal angkasa.
Bandar yang cantik dan unik di dalam kapal angkasa Axiom.
Ada kebaikan dan keburukan apabila kita tinggal di dalam kapal angkasa. Salah satunya ialah kita tidak perlu lagi untuk berjalan dan membeli barang. Hanya perlu menekan butang di atas kerusi dan kita akan mendapat apa yang kita nak. Tetapi, suatu hari nanti kita pasti bosan kerana kita dikelilingi dengan teknologi semata-mata. Tiada tempat nyaman yang boleh kita jadikan port untuk dating, atau tiada lagi tempat untuk merehatkan minda kerana tiada lagi tumbuhan hijau yang tumbuh segar dan juga bunyi kicauan burung yang pasti memberikan ketenangan kepada kita. Jadi, gunakan Bumi dengan sebaik-baiknya.
Comments
mmg best kan...aku sampai berulang2 usha citer ni..
mmg best.. kalo kamo nak usha ada citer lain yang berkaitan dengan Wall-E, tgk sini:
http://www.youtube.com/watch?v=U-M-4sYCrw8&feature=related
cter ni mmg best..tgk bnyk kali pn xpe..