Bahagian bulat menunjukkan ianya telah patah dan tidak boleh digunakan lagi.Disebabkan kepatahan pensel itu, aku pun membeli pensel baru di Jusco a.k.a JJ. Sedang aku membelek pensel tekan yang hampir serupa dengan pensel tekan aku yang patah itu, aku pun terjumpalah pensel tekan yang hampir serupa tetapi ianya kontot..haha. Aku menjadi jakun sebentar kerana pertama kali jumpa pensel tekan yang serupa macam aku punya tetapi edisi kontot. Di bahagian pensel itu tertulislah saiz XS.
Ianya memang amat berbeza dengan pensel tekan aku yang patah itu kerana ianya kontot dan nampak best sahaja untuk menulis..haha. Oleh itu, aku pun telah menyambar pensel kontot ini dan harap-harap dapat bertahan macam pensel tekan lama aku. Encik ayie juga tertarik dengan pensel kontot ini tetapi dia terasa berat hati untuk membeli kerana pensel itu kontot sangat. Mungkin tidak kena dengan jiwa raganya.
Malam itu, semasa aku study subjek Network Signal, aku pun tertariklah untuk memperagakan pensel kontot itu. Nampak menarik sahaja pensel kontot itu. Aku suka..haha.
Lokasi : Rumah aku la. :P
Comments