Pada tahun 1582 , kalendar yang berasaskan Matahari ini diperkenalkan secara meluas oleh Pope Gregory XIII dan digunakan oleh kesemua negara - negara Barat dan kalendar tersebut dinamakan Kalendar Gregory sempena nama beliau. Contoh - contoh lain kalendar jenis ini adalah Kalendar Maya dan Kalendar Gregory Moden (digunakan hingga sekarang).
Pada masa kini , Kalendar Gregory Moden merupakan kalendar Gregory yang telah diubahsuai berdasarkan keadaan di angkasa sekarang.
Kalendar Gregory Moden menetapkan satu tahun sebanyak 365 hari (tahun biasa) dan 366 hari (tahun lompat) , iaitu tempoh Bumi mengelilingi Matahari. Tahun lompat akan berlaku empat tahun sekali.
Kalendar Gregory Moden membahagikan satu tahun suria kepada 12 bulan atau 52 minggu dengan setiap minggu mempunyai 7 hari dan setiap bulan mempunyai 30 atau 31 hari kecuali pada bulan Februari yang mempunyai 28 hari pada tahun biasa dan 29 hari pada tahun lompat.
Oleh kerana kalendar Gregory dibentuk berdasarkan edaran Bumi mengelilingi Matahari , kalendar ini boleh digunakan untuk menentukan kejadian musim dan kedudukan bintang di langit.
Hari-hari dalam kalendar Gregory Moden
- Ahad (Sunday)
- Isnin (Monday)
- Selasa (Tuesday)
- Rabu (Wednesday)
- Khamis (Thursday)
- Jumaat (Friday)
- Sabtu (Saturday)
Bulan-bulan dalam kalendar Gregory Moden
- Januari (January)
- Februari (February)
- Mac (March)
- April (April)
- Mei (May)
- Jun (June)
- Julai (July)
- Ogos (August)
- September (September)
- Oktober (Oktober)
- November (November)
- Disember (Disember)
Sumber : Laman Web Astronomi SMK Ayer Keroh
Comments