Aku pula bangun pada pukul 8 pagi..hehe. Tidak kira ada kelas atau tidak, aku tetap bangun pukul 8 pagi. Tetapi pagi ini tiada kelas kerana semua staf UTeM ada apa tah aku pun tak ingat..haha. Disebabkan aku tidak tahu nak buat apa pada pagi ini, maka aku mendapat 1 ilham daripada handset aku. Sesi mengambil gambar..hehe. Kali ini aku ambil gambar suasana di pagi hari di taman tempat aku tinggal iaitu di Taman Muzaffar Shah. Seperti yang aku beritahu di perenggan pertama, memang aman tinggal di Malaysia. Di taman aku pun aman juga kerana kebanyakkan mereka pergi kerja atau bersekolah.
Di sebelah kanan rumah.
Di sebelah kiri rumah.
Di pagi hari, kereta memang tidak banyak lalu-lalang di sini kerana mereka pergi ke tempat kerja. Kereta putih dalam gambar sebelah kanan rumah aku itu adalah milik seorang pelajar UTeM juga..hehe. Di sebelah petang pula, memang banyak kereta lalu-lalang di sini, ada budak-budak bermain badminton, ada juga yang bersiar-siar. Ada juga yang lepak di luar rumah dan berbual-bual dengan jiran sebelah.
Belakang rumah, di sebelah kiri.
Tetapi suasana di pagi hari, sunyi sepi sekali. Terdengar bunyi kicauan burung pipit yang terbang ke sana ke mari. Gambar di sebelah kiri rumah pula, sepatutnya ada seorang amoi Cina memakai baju pink sedang melihat halaman rumahnya, tetapi time aku ambil gambar dia tunduk pula..haha.
Belakang rumah, di sebelah kanan.
Di belakang rumah aku pula, waktu pagi memang sunyi kecuali kedengaran suara amoi di belakang rumah yang suka menjerit-jerit dalam bahasa Cina. Ini menguatkan pendirian aku untuk mengambil subjek bahasa Mandarin apabila aku berada di tahun 4 kelak. Nanti senanglah aku nak faham apa benda yang amoi Cina tu selalu menjerit..haha. Siang memang sunyi sepi kerana kebanyakkan orang asing tidur pada siang hari. Di malam hari pula, macam pesta "blackstreet" pulak..haha.
Ok, tamat cerita di pagi hari. Blog coklat ini telah menerima award dengan seihklas hati daripada helena. Ini adalah kali ketiga kot blog ini mendapat award. Mari lihat award di bawah.


Sekian terima kasih ^_^
Comments