Bangunan Canselori dari depan.
Bangunannya memang baru kerana baru siap tahun lepas jadi pasti kita akan menjangkakan bahawa :
- Air-cond yang teramat kuat dan sejuk macam berada di Kutub Utara.
- Bau simen yang masih lagi menghantui para pekerja di bangunan tersebut.
- Kawasan dalam bangunan atau pejabat mana-mana unit yang tidak terlalu padat berbanding dengan tempat lama.
- Orang ramai yang tidak sesak di awal pembukaan bangunan Canselori ini.
Laluan yang teramat sempit. Bayangkan jika ramai orang ingin berurusan.
Sekali lagi aku katakan, bangunan ini memang baru dan aku tidak tahu arah ke unit yang aku cari iaitu unit penempatan pelajar kerana bangunan ini besar dan memerlukan kemahiran bersoal jawab dengan pekerja di situ untuk mencari jalan. Tiada signboard yang menunjukkan arah setiap bilik dalam bangunan ini mungkin dalam proses tengah buat kot. :P
Pokok-pokok ini tandanya bangunan Canselori ini dipisahkan kepada 2..hehe
Di belakang bangunan pula, dewan besar sedang dalam pembinaan
Ok, itu sahaja untuk kali. Kredit kepada handphoneku kerana sudi mengambil gambar..haha. Sekian terima kasih.
Lokasi : Bangunan Canselori, UTeM Kampus Induk
Comments