Tapi, tidak lengkap nasi lemak tanpa lauk-lauk utamanya..haha. Macam biasalah, ada sambal ikan bilis yang semestinya sedap. Tanpa sambal, aku makan ayam goreng jela..haha. Aku memerlukan kepedasan yang melampau kalau makan nasi lemak.
Walaupun ada ayam goreng berempah, telur rebus tidak dilupakan juga. Sarapan aku pagi tadi, nasi lemak yang sama tapi tak makan dengan ayam goreng berempah. Aku makan dengan telur rebus je. Adala dalam 3-4 biji..haha
Dan akhir sekali, bila namanya nasi lemak mestilah ada nasinya..hehe. Mak aku plan nak letak dalam daun pisang tapi aku halang niatnya kerana aku malas nak cari daun pisang..hehe.
Mulai sarapan pagi tadi sehinggalah makan malam, aku akan makan nasi lemak sahaja. Ini memang kebiasaan di rumah. Mak aku hanya masak lauk untuk makan tengahari dan malam sahaja. Tapi disebabkan hari ini special, mak aku buat untuk sarapan sekali..haha.
P.S : Maaf, gambar kabur. Ada kabus tebal dalam rumah aku.
P.S.S : Jangan kecur.
Comments
xde delivery service ke??