January 13, 2009

Matematik dalam Bola Sepak

Ok, entry kali ini lebih bersifat pembelajaran di samping melihat aksi yang penuh debaran di dalam bola sepak..haha. Matematik memang banyak kegunaannya, benda-benda yang kita rasa mustahil akan menggunakan matematik, tetap akan menggunakannya untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Contoh macam kursus yang aku sedang memerah otak ni, elektronik industri, penuh dengan kira-kira sampai aku pun boleh konpius nak guna rumus yang mana 1. Pelik-pelik je cara nak kira, kalau dibuatnya macam digital kan lebih bagus, ada nombor 0 dengan 1 je..haha. Kalau dulu, aku guna jari untuk mengira sebab dulu nombor-nombor yang terlibat tidaklah sampai beribu-riban mahupun berjuta-jutaan mahupun bermili-milian mahupun bermikro-mikroan. Sekarang, aku kena guna kalkulator saintifik untuk mengira nombor-nombor yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.


Berbalik pada tajuk yang telah disetkan, matematik memang digunakan untuk mengira dalam bola sepak. Matematik juga boleh menyebabkan seorang manager pening kepala atau berasa tertekan. Matematik juga boleh menyebabkan pemain berasa semangat untuk meneruskan rentak permainan yang lebih baik. Matematik juga boleh menyebabkan peminat-peminat bola sepak berkira-kira untuk menyambut kemenangan atau kejayaan pasukan yang diminati. Matematik juga boleh menyebabkan seorang manager akan tuduh menuduh terhadap manager yang lain..haha. Banyak jugalah kesan penggunaan Matematik dalam bola sepak pada masa sekarang. Pada masa dahulu aku tidak tahu kerana aku belum lahir lagi..haha.

Ok la, mari kita lihat sama-sama jadual di bawah
RankingTeamPlayed Matches
GAPoints
1Liverpool21+2246
2
Chelsea21+2842
3Manchester United
19+2241
4Aston Villa
21+1241

Jadual di atas adalah ranking terkini kedudukan team dalam Barclays Premier League. Ya, Manchester United naik 1 lagi anak tangga untuk menduduki tangga ke-3 selepas membelasah Chelsea 3-0 di tempat sendiri. Kemenangan itu sedikit sebanyak dapat mengejar Liverpool di tangga teratas liga. Secara kiraannya, kita anggap Manchester United menang 2 perlawanan untuk menyamakan "Played Matches" iaitu 21 perlawanan. 2 menang bermakna 6 points dikumpulkan Manchester United dan jumlah keseluruhan adalah 47 points. Dengan 47 points, Manchester United berada 1 mata depan Liverpool. Ingat, Manchester United akan menentang Liverpool di tempat sendiri. Anggap saja Manchester United menang, 3 points lagi dikumpulkan dan jurang dijarakkan dengan 4 mata. Ini bermakna Manchester United masih lagi pasukan yang mampu mencabar kejuaraan liga musim ini. GA itu akan berguna jika ada 2 team yang terikat dengan mata yang sama. GD yang lebih banyak memberi kelebihan kepada pasukan. Untuk mendapatkan GD yang banyak, pasukan hendaklah menjaringkan banyak gol dan memboloskan sedikit sahaja gol.

Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat team mana yang akan menjulang BPL untuk musim ini.

Comments

nas cukee reen ke?
maceh..
bukti2?
weee^^
Tuesday, January 13, 2009
hehe..nk bkti eh?
emm..tu nas lamar reen dlu..hehe
Tuesday, January 13, 2009
syhhh...segan2..weee^^
Tuesday, January 13, 2009
segan la plak..hehe
Tuesday, January 13, 2009
Anonymous
ehehehe sketsa cinta...layanzzz
Tuesday, January 13, 2009
mne sketsa cinta?
haha
Tuesday, January 13, 2009
oeih3...ckup umo pm tk nk bercintn cintun kt blog plk..haish..xsnonh tol bdak nih..cter sal bola leh msuk bab jiwang lak..rosak3!!!!!hahaha
Tuesday, January 13, 2009
ni la nmenye cinta bola sepak..hahaha
Tuesday, January 13, 2009
↑