
Kalau pengguna Wordpress self-hosting itu mesti tahu apakah itu Comment Luv. Mungkin juga ada blogger yang menggunakan blogspot hosting tahu apakah itu Comment Luv. Apakah Comment Luv? Comment Luv ialah cinta komen dalam bahasa Melayu. Namun begitu, bukanlah ini yang aku cari. Comment Luv merupakan tambahan kepada apa yang aku jumpa sebenarnya.

Daripada Comment Luv, aku dibawa kepada benda ini iaitu JS-Kit Comments. Ia akan menyimpan segala komen dalam blog tidak kisah blog itu dari Blogspot ataupun Wordpress self-hosting. Untuk Wordpress free hosting aku tak tahu..haha. Bestnya sebab ia telah mengemaskan sedikit komen untuk setiap entry aku yang sebelum ini memang agak bersepah, kena pulak jika komen untuk sesuatu entry itu terlalu banyak. Tak percaya? Sesiapa yang pernah komen entry aku boleh tengok di bahagian komen. Kemas ke tak? hehe. Mula-mula memang nampak macam tak berapa kemas sebab aku nak kaji dulu advanced code dia..hehe. Sebab lain aku suka benda alah ini :
- Live Comment - Komen yang dihantar akan terus di tambah ke dalam list komen untuk sesuatu entry (aku try jadi, tak tahulah orang lain..hehe)
- Anti-spam - Komen yang dihantar akan ditapis dahulu oleh Akismet sebelum ia dipaparkan ke dalam list komen.
- Selamat - Tahu fungsi CAPTCHA? Ada orang mengaktifkan fungsi ini di dalam komen untuk meminimumkan spam comment. Gunanya benda alah ini tiada lagi fungsi itu tersebut kerana komen akan automatik ditapis oleh Akismet. Aku tahu ramai orang bengang dengan fungsi CAPTCHA sebab kalau salah taip huruf kena taip balik..haha
- Avatar - Boleh mengupload avatar walaupun orang itu bukan dari akaun Blogspot.
- Lain-lain boleh usha sendiri.
- Siapa tahu nak login kat mana? haha
- Bagi link blog tapi bila klik kat nama itu, keluar apa tah..haha
- Bilangan komen tak ditunjukkan kat edit post..ala yang senarai entry tu.
P.S : Sesiapa yang dah guna benda alah ini mungkin susahlah kalau nak kembali kepada borang komen yang asal dan jika dapat tukar balik pun, mungkin komen-komen daripada benda alah ini akan hilang. Jadi fikirlah 2-3-4-5-6-7-8-9 kali sebelum menggunakannya..haha
Update : Aku buang balik sebab ia menyusahkan aku untuk log in..haha. Tapi aku dah jumpa sesuatu yang lebih baik daripada ini, nantikan kemunculannya..haha.
Comments
bru pasan ada komen baru kt sni..hehe