Bahasa Melayu dalam IPT tempatan
Pada masa kini, semua intitusi pengajian tinggi tempatan telah mengajar sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Ia memang tidak boleh dinafikan kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama di dunia selain Bahasa Russia, Perancis, Arab dan Cina. Mengapa pilih Bahasa Inggeris? Mengapa IPT tempatan tidak memilih untuk mengajar subjek dalam Bahasa Russia ke Perancis ke? Bagi saya, bahasa Inggeris dipilih kerana beberapa sebab:
- Hampir semua buku yang berkaitan dengan kursus yang ditawarkan menggunakan Bahasa Inggeris. Apabila kebanyakkan buku menggunakan bahasa Inggeris, para pelajar sudah semestinya kena faham bahasa Inggeris sebelum menggunakan buku-buku yang ada. Di Jepun, hampir semua buku yang menggunakan bahasa asing akan diterjemah dalam bahasa Jepun untuk memudahkan semua pihak memahami tanpa perlu mengambil kelas bahasa. Kita abaikan Jepun dari aspek teknologi. Kenapa mereka bersungguh-sungguh menterjemah buku-buku dalam Bahasa Jepun? Kerana mereka tahu ramai masyarakat Jepun tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris.
- Kebanyakkan pensyarah atau jurutera pengajar telah diasuh dengan bahasa Inggeris semasa mereka belajar di luar negara. Ini menyebabkan ramai atau semua pensyarah tidak mahu apa yang mereka belajar itu disia-siakan lalu pengajaran di dalam kuliah ataupun makmal akan diajar dalam bahasa Inggeris. Ada juga pensyarah yang terlalu mengingati perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris sehingga mereka tidak mengetahui maknanya dalam Bahasa Melayu. Kesannya kita boleh lihat semasa peperiksaan akhir kerana kertas untuk peperiksaan akhir hendaklah disediakan dalam dwi-bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Cuba kita lihat ayat-ayat dalam bahasa Melayu. Adakah susunan bahasanya mengikuti apa yang sepatutnya? Adakah kita sebagai pengguna bahasa Melayu faham akan makna yang disampaikan?
- Perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris juga kebanyakkannya belum diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kita sendiri tidak mengetahui perkataan apa yang perlu digunakan dalam bahasa Melayu jika kita ingin menterjemah sesuatu ayat dari bahasa Inggeris ke Melayu.
Manusia pada masa kini semakin hari semakin maju. Lihat sahaja di Malaysia sahaja sudah cukup, anak-anak muda kebanyakkannya memiliki alat-alat teknologi yang canggih. Ia memerlukan bahasa bagi memudahkan seseorang itu mengendalikan alat-alat teknologi kerana kebanyakkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium untuk memberitahu sesuatu. Apa akan berlaku jika seseorang itu tidak memahami apa yang cuba disampaikan atau diberitahu oleh alat-alat itu? Semestinya seseorang itu cuba sedaya upaya untuk menghilangkan mesej-mesej tersebut. Peratusan alat-alat itu untuk rosak atau tidak boleh digunakan lagi adalah amat tinggi. Aku telah menjadi ahli Launchpad selama beberapa bulan dan aku mendapati bahawa bahasa Melayu masih lagi di peringkat yang orang
- Connection Listener
- Connection Dispatching
- Stale Connection Management
- Directed Querier
- Local Socket Listener
- Magnet Processor
Peranan pihak yang bertanggungjawab
Semestinya apabila kita bercerita mengenai bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka akan dikaitkan dalam hal ini. Sebenarnya semua pihak sama ada yang mengeluarkan perbendaharaan kata mahupun pihak yang menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian bertanggungjawab dalam memastikan bahasa Melayu tidak pupus ditelan zaman. Kita tumpukan pada pihak DBP iaitu pihak yang bertanggungjawab memastikan kesi
Akan datang...
Kita tidak tahu apa akan berlaku kepada bahasa Melayu apabila generasi akan datang mentadbir negara. Adakah mereka tetap menggunakan bahasa Melayu yang kurang perbendaharaan kata? Jadi, kita iaitu generasi pada masa kini hendaklah memastikan bahawa bahasa Melayu tidak akan ditelan zaman atau kita tidak akan mendengar lagi perbualan di dalam bahasa Melayu.
P.S : Aku tak gaduh pun dengan adik aku. Saja nak kasi gempak..
Comments
love is not blind..
tp manusia yg dilamun cinta itu yg kadangkala buta dalam menilai cinta..
manusia sentiasa meletakkan seseorang di tempat paling tinggi dalam hdupnye sdgkan org itu hanya menjadikan die option dalam hdupnye..
org yg dilamun cinta sentiasa meletakkan ibunya atau ayahnye di tmpt kedua selepas kekasih hatinya,,
reen termasuk dlm golongan itu..
betapa kejammnye reen sbb dh letak parents sndri d tmpt kedua selepas die..
sedangkan die langsung tak pernah pandai utk mengambil hati ape ntah lg menghargai cinta yg diberiikan kepadanye..
nas,,
ketika kita dilamun cinta nilah,sumenye terasa indah..
ketika kita dilamun cinta nilah,kte lupe segalanya..
ketika kita dilamun cinta inilah,kte lupe org di sekeliling kte yg lbey pandai menghargai kite..
ketika kita dilamun cinta inilah,kte x bole bezakan yg mane kaca yg mana permata..
smoga Allah tnjukkan reen jln yg lurus dan jln yg membawa reen ke arah yg lbey baek...
nas doakan reen juge ye..
ketika comment nih ditulis,,
hati reen hncur dgn segala perbuatan org yg pling reen syg nas..
ketika comment ni ditulis juge,,
reen lupe yg rmi lg yg lbey baek dari die nas..
ketika comment nih ditulis la..
reen terasa bodoh memberi cinta kepada yg x sepatutnye memilikinye..
ketika comment ni ditulis jugalah,,
reen rindukan memori silam reen..
nas,,
doakan reen kuat ye..
sesungguhnye hanya Tuhan yg tawu perasaan dan hasrat hatiku..
reen nk post kt bhgn love2 tuh...
hehe..
xpela...
kt cni pon ok la..=)