
Makhluk itu menggunakan kuasa seperti mana yang pernah digunakan oleh Luffy semasa mengalahkan zombie Odz iaitu kuasa menyerap semua bayang-bayang yang ada. Dalam episod sebelum ini, makhluk itu memberitahu bahawa dia telah menyerap hampir 1000 bayang-bayang. Luffy hanya mampu menyerap sebanyak 100 bayang-bayang sahaja. Memang berkuasalah makhluk itu tetapi Luffy dan krewnya berjaya menewaskan makhluk itu sekali lagi.

Dalam episod ini juga, Luffy telah berlawan habis-habisan dengan Moria kerana jika Moria tidak dikalahkan, krewnya akan mati kerana tiada bayang-bayang. Tambahan pula, kabus yang semakin menipis di Thriller Bark akan memudahkan sinaran Matahari menembusinya dan menyebabkan sesiapa yang tiada bayang-bayang akan mati.

Luffy sekali lagi menggunakan Third Gear untuk berlawan dengan Moria. Kali terakhir dia menggunakan kuasa tersebut ialah semasa berlawan dengan Rob Lucci di Enies Lobby yang menyaksikan dia tidak dapat menggerakkan badannya setelah menggunakan kuasa itu. Episod akan datang, Moria berjaya dikalahkan dan bayang-bayang telah dibebaskan. Namun ada seseorang yang tanpa diduga datang ke Thriller Bark. Siapakah dia? One Piece 375 akan datang.
Comments