Blog Ini Bukan Coklat?

Sejarah ringkas mengenai blog ini yang telah dilepaskan di Internet pada 14 Oktober 2008. Sekarang sudah 5 tahun lebih blog ini berada di alam maya. Kebanyakkan atau mungkin semua post sedang dalam perjalanan untuk aku edit untuk match dengan tema terbaru blog ni..haha.


Versi 1 - Don't Know What To Write

Tahun 2008

Versi pertama setelah aku lepaskan blog ini di Internet. Versi paling basic sekali dengan tema blog menggunakan coding HTML yang senang difahami setelah beberapa kajian dilakukan..haha. Tagline yang agak noob sebab first time aku ada laman web jadi tak tahu nak letak tagline apa. :P


Plugin paling lawak sekali aku letak dalam versi ini ialah plugin Paypal dimana aku mengharapkan orang akan klik di bahagian donate dan memberi sedikit duit pada aku..haha.


Versi 2 - Blog Ini Berwarna Coklat

Tahun 2009

Versi 2 ini pencetus untuk aku letak tagline baru iaitu Blog Ini Berwarna Coklat dan merupakan idea asal tagline yang aku guna sekarang ini iaitu Blog Ini Bukan Coklat..haha. Tema yang aku gunakan untuk versi ini juga merupakan versi pertama yang menggunakan coding XHTML yang digunakan Blogger.


Dalam versi ini juga banyak fungsi yang aku letak antaranya Google custom search yang agak semat, plugin Twitter yang akan update live dari blog dan juga beberapa heavy customize pada tema blog ini supaya ianya kena dengan citarasa blog ini..hehe. Versi pertama yang menggunakan fungsi Read More yang menapis post aku yang kesemuanya panjang-panjang.


Versi 3 - Blog Ini Bukan Coklat

Tahun 2010 - 2011

Dalam versi 2, aku perasan yang satu elemen penting dalam menaikkan trafik blog hilang iaitu kelajuan browser memaparkan blog aku. Ianya disebabkan banyak plugin yang aku letak sehingga browser tercungap-cungap nak load semua benda. Lalu, setelah aku menggoogle tema Blogger yang best, keluarlah tema seperti di bawah ini.


Versi 3 menampilkan ciri-ciri ringkas yang membolehkan blog aku loading dengan laju sepantas kilat..hehe. Banyak plugin dari versi 2 yang aku dah buat antaranya Google custome search yang semat, plugin Twitter. Cuma shoutbox je aku kekalkan sebab nampak best lak tengok orang chat kt tepi tu..haha. Versi 3 ini juga membolehkan aku menukar header blog mengikut suka hati aku je.


Versi 4 - Blog Ini Bukan Coklat

Tahun 2011 - 2016

Merupakan versi yang paling ringkas sekali. Versi ini juga menggunakan coding XHTML paling latest dari Blogger. Antara ciri-ciri yang aku perasan pada coding XHTML paling latest ni kita boleh edit page utama dan page entri supaya ianya berbeza antara satu sama lain. Boleh tengok di blog aku ni la..hehe.


Dalam versi ini juga tak banyak plugin yang aku letak. Hanya iklan Nuffnang (nak duit :P), iklan Google dan plugin dari Apesal.com je. Ilham aku nak amik tema ni sebab aku nak buat post bergambar jadi gambarnya kena besar, bila gambarnya kena besar, kena la guna tema yang sesuai..haha.

Versi 5 - Blog Ini Bukan Coklat

Tahun 2016 -

Setelah beberapa tahun blog ini menggunakan template yang paling ringkas, kini tiba masa tangan aku gatal nak tukar template. Tagline masih lagi sama sebab aku buntu memikirkan tagline baru.


Template kali ini direka oleh Arlina Design dan didownload dari Gooyaabi Template. Ni kali pertama aku guna template jenis responsive..hehe

Arkib Blog

Blog ni start wujud di Internet pada 14 Oktober 2008. 4 tahun kemudian, aku decide untuk mengarkibkan blog ini untuk saja saja..haha. Untuk lihat versi-versi seperti yang telah aku ceritakan di atas ni secara live, bolehlah ke laman web di bawah ini (versi 1 tak dapat nak save jadi tak dapat tengok).

Internet Archive Wayback - http://mohdnasri.blogspot.com
Internet Archive Wayback - http://www.mohdnasri.com


Kenapa blog ini bukan coklat?
  • Sebab warna tema yang digunakan blog ini ialah warna putih..hehe
  • Sebab tiada elemen warna coklat dalam blog ini (kecuali pada gambar)
  • Sebab sebelum template ini digunakan, aku menggunakan template yang berasaskan warna coklat. So dulu taglinenya "Blog Ini Berwarna Coklat".
  • Tu jelah..haha
0 Komen