Resepi Cekodok Kosong Ringkas

Untuk entri kali ini, mari kita ke dapur Blog Ini Bukan Coklat untuk menyediakan resepi cekodok ringkas yang sangat ringkas. Aku sangat rekemen resepi ni pada orang bujang sebab tak perlukan duit yang banyak.

Bahan-bahan

Tepung gandum
Garam halus
Air suam

Langkah penyediaan
  1. Masukkan lebih kurang 10 sudu tepung gandum di dalam mangkuk. Boleh dapat dalam 10-12 bijik cekodok.
  2. Masukkan bahan-bahan lain di dalam mangkuk. Garam pula ikut rasa tapi aku rekemen bubuh secubit je.
  3. Gaulkan kesemua bahan tersebut sehingga sebati dan kenyal yang tak berape kenyal..hehe
  4. Kenyal yang macam ni.
  5. Panaskan kuali dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.
  6. Kaut bahan tadi menggunakan sudu dan pastikan bahan itu 2/3 penuh di dalam sudu.
  7. Curah ke dalam kuali dan goreng hingga warnanya berubah kekuningan.
  8. Cekodok sedang digoreng. Sila tunggu sebentar.
Bila siap, ni la hasilnya

Sedap kalau dicicah dengan sambal.

Jika ada sambal lebih-lebih tu jangan la dibuang. Sedap cicah cekodok dengan sambal bagi mereka yang nak feeling pedas.

Selamat mencuba.
Latest
Previous
Next Post »
0 Komen