TheoTown - Mengembalikan Zaman SimCity

Di Google Playstore, memang banyak permainan yang boleh dimainkan. Aku suka mencari permainan berjenis simulasi; permainan yang memerlukan kepala otak berfikir bagaimana nak uruskan sesuatu. Jadi, kelmarin aku godek Playstore ni dan terjumpalah permainan yang memang aku cari selama ni iaitu TheoTown.

Menu utama.

TheoTown ni merupakan permainan berjenis simulasi menguruskan bandar. Banyak permainan jenis macam ni di Playstore tetapi yang membuatkan aku tertarik dengan permainan ni bila gameplay dia sebijik macam SimCity, sebelum wujudnya SimCity Society. Aku rasa TheoTown ni permainan pertama seumpama SimCity untuk permainan mobile.


Ubahsuai mod permainan sebelum bermain.

Jadi, macam biasalah sebelum memulakan permainan, kenalah buat pilihan. Semuanya sama macam SimCity, boleh pilih dunia nak kecil ke besar ke. Lepas tu kewangan nak yang senang atau pada mereka yang nak cabaran boleh amik yang paling sukar.

Cuma menu yang baru bagi aku ialah Sandbox. Sandbox ni kira macam kita bebas nak buat apa sahaja tanpa kekangan duit. Boleh bina jalan, set area atau buat bangunan tanpa memerlukan duit. Sesuailah bagi mereka yang nak cuba bermain permainan ni atau saja suka-suka main macam aku..hehe.

Bangunan tinggi-tinggi belaka.

Kali ni aku pilih Sandbox sebab malas nak fikir pasal duit..haha. Jadi, aku buat jela apa-apa yang dirasakan perlu berdasarkan kepada demand. Bila bandar dah makin maju, maka banyaklah bangunan tinggi-tinggi muncul. Macam SimCity gak la cuma TheoTown ni tak guna land value untuk membolehkan bangunan mahal dibina sebaliknya menggunakan habitant happiness. Bila penduduk gembira, lagi banyak bangunan mahal dibina.

Kawasan perindustrian.

Di TheoTown, kita boleh tetapkan area perindustrian dan penduduk takkan komplen mengenai pencemaran selagi kawasan perindustrian tidak ditetapkan berdekatan dengan kawasan perumahan. Selain pencemaran udara, kawasan perindustrian juga mempunyai Noise, faktor buruk yang membolehkan penduduk komplen.

Terpesona melihat banyak kenderaan lalu lalang.

Untuk trafik pula, TheoTown mempunyai beberapa jenis jalan iaitu jalan dirt, country road (bersamaan dengan Avenue di SimCity), One way road dan Expressway. Cuma, Expressway tak rupa macam highway pun. Expressway masih boleh lagi bersilang dengan expressway yang lain.

Pada masa aku menaip entri ni, permainan TheoTown masih lagi dalam mod Beta jadi memang akan ada bug dan error semasa bermain. Tetapi setakat ni permainan TheoTown boleh dijalankan dengan baik.


Laman forum TheoTown
Google Playstore - TheoTown
Previous
Next Post »
0 Komen