Cara Unik Berkebun

Sejak akhir-akhir ni tangan aku rasa gatal nak berkebun. Bila tengok pokok jagung aku berjaya tumbuh dengan jayanya (walaupun tak sempat berbuah..hehe), rasa nak tanam lagi pokok-pokok lain.

Jadi setelah menggugel, datang idea-idea pelik memaksa benih bercambah dengan menggunakan medium selain tanah. Kali ini aku bereksperimentasi dengan biji benih kangkung dan anggur.

Cambah dalam bakul

Setakat ini, meletakkan biji benih dalam bakul merupakan cara popular bagi mereka yang kekurangan tanah tapi masih lagi nak berkebun. Cara ini juga dipanggil hidroponik jimat sebab hanya guna bakul dan botol air sahaja.


Benih kangkung pada hari pertama.

Dalam eksperimen aku, biji benih kangkung mula bercambah selepas 3 hari dan mula mengeluarkan daun pertama selepas 5 hari. Tapi sebab aku sibuk bekerja, maka ianya terbiar sampai kering..haha. Nasib takde jentik-jentik kalau tak habis kena bayar kompaun. Bagi mereka yang nak cuba cara ini boleh guna benih kangkung kerana ianya mudah tumbuh.


Benih kangkung mula bercambah pada hari ketiga.

Cambah dalam peti sejuk

Ok, aku rasa ini idea pelik. Ianya muncul selepas aku membaca entri di blog lain mengenai cara-cara benih anggur bercambah. Disebabkan Malaysia beriklim tropika, benih anggur tidak mampu bercambah. Ia memerlukan iklim sejuk untuk pertumbuhan maksimum.


Biji anggur dialas dengan beberapa kapas lembab.

Menurut blog itu, benih anggur memerlukan persekitaran yang sejuk untuk bercambah. Peti ais merupakan medium sesuai kerana peti ais sangat sejuk..huhu. Dalam eksperimen aku, biji benih anggur hanya mampu bertahan di dalam peti sejuk selama 3 minggu sebelum diletakkan di dalam tong sampah.

Akhir sekali, persoalan yang terlintas dalam fikiran aku ialah adakah tanah makin subur apabila menyerap zat-zat yang terdapat pada tahi kucing?
Previous
Next Post »
0 Komen