Stickman Dismounting - Pecahkan Tulang Orang Lidi

Di hari hujung minggu yang indah lagi permai ni, mari kita bermain satu permainan santai. Stickman Dismounting merupakan permainan santai di mana kita hanya perlu mematahkan tulang orang lidi sebanyak mungkin.

Muka depan permainan.

Objektifnya senang, kita hanya perlu pilih level mana atau dalam bahasa mudahnya pilih tempat yang macam mana digunakan untuk memulakan permainan. Di akhir permainan ni, kita akan mendapat mata yang kemudian boleh digunakan untuk membuka level baru atau membeli prop baru.

Sebelum main kena pilih level dulu.

Ada banyak jenis level yang boleh dibuka dengan mata terkumpul. Pada awal permainan, hanya 1 level dibuka iaitu tangga. Semakin tinggi nilai mata semakin power level dia. Bila level makin power, makin banyak tulang yang patah..haha

Pilih jenis kenderaan untuk menambah impak.

Kita juga boleh memilih sama ada nak guna kenderaan ke tak. Di awal permainan, tiada kenderaan yang dibuka. Kenderaan boleh digunakan untuk mempercepatkan pergerakan orang lidi. Bila makin laju, makin power la impak dia dan banyak tulang yang patah.

Prop ni macam barang tambahan seperti bom untuk menambah impak.

Prop ni merupakan barang tambahan di dalam permainan. Ada banyak jenis prop dari bom TNT sehinggalah meriam. Ditambah dengan kenderaan yang laju, pastinya bertambah banyak tulang yang patah hasil perlanggaran di antara orang lidi dan prop. Tak percaya? Tengok hasilnya di bawah..hehe

Bom TNT meletup menyebabkan orang lidi terpelanting dan....

....hentakan pada dinding memperbanyakkan tulang yang patah.

Jadi nilai mata ni bergantung kepada berapa kali tulang dipatahkan, berapa banyak pusingan semasa orang lidi di udara dan bonus impak. Untuk mendapatkan banyak mata, kita boleh ikut misi yang telah ditetapkan.

Jumlah mata bergantung kepada berapa kali tulang dipatahkan.

Permainan ini sesuai bagi mereka yang saja nak buang masa atau mereka yang tension semasa di tempat kerja. Bolehlah bayangkan orang lidi ni ialah orang yang kita tak suka dan patahkan tulangnya seberapa banyak yang mungkin..hehe


Playstore - Stickman Dismounted

Previous
Next Post »
0 Komen