Refleksi 6

Semasa aku di zaman persekolahan, aku terfikir akan kebebasan yang diidamkan apabila aku dewasa kelak. Melihatkan kereta yang lalu lalang ketika aku sedang belajar di dalam kelas membuatkan aku rasa macam tak sabar nak menjadi orang dewasa.

Keadaan mendung di kawasan Bukit Tinggi.

Bila dah jadi orang dewasa dan berkerjaya pulak, aku rasa terbeban dengan bermacam-macam kerja yang perlu disiapkan. Kadang kala zaman persekolahan lagi syok berbanding zaman bekerja bilamana aku hanya perlu bertahan di sekolah selama 6-7 jam sahaja berbanding di tempat kerja selama 8-9 jam.

Sehijau warna daun. Belakang bangunan tradisional Perancis.

Jadi, apa yang aku nak terangkan di sini? Disebabkan kita memang akan selalu terbeban dengan masalah di tempat kerja, maka ambillah cuti dalam sehari dua menenangkan fikiran dan bercuti di kawasan hutan seperti di Colmar Tropicale. Memang ianya terletak di kawasan yang jauh dari ibu kota dan boleh tenangkan fikiran sambil melihat orang menari..hehe


Lokasi: Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang
Previous
Next Post »
0 Komen