Peristiwa Pengoksigenan Bumi

Peristiwa Pengoksigenan Bumi atau dikenali sebagai Great Oxygenation Event merupakan peristiwa di mana Bumi dipenuhkan dengan gas oksigen yang kita sedut hari ini.

Bumi pada zaman jutaan tahun dahulu tidak mempunyai sebarang gas oksigen dan hidupan mikroorganisma tidak memerlukan gas oksigen untuk hidup. Namun begitu, muncul Cyanobacteria, hidupan mikroorganisma yang dipercayai merupakan hidupan pertama yang mengalami proses fotosintesis. Bakteria ini menggunakan tenaga cahaya dan melepaskan gas oksigen sebagai bahan buangan.

Cyanobacteria.

Di awal proses pengoksigenan, gas oksigen yang dilepaskan Cyanobacteria ini diserap oleh logam-logam besi sebagai sebahagian daripada keseimbangan alam. Namun begitu, kewujudan banyak bakteria ini menyebabkan kadar gas oksigen semakin meningkat dari masa ke semasa oleh kerana mineral-mineral atau logam yang tidak mampu menyerap gas oksigen dengan banyak.

Lapisan Ozon dibina daripada gas Oksigen dan sinaran UV. Sumber

Bagi kita, peristiwa ini merupakan peristiwa penting kerana kita bergantung kepada oksigen untuk terus hidup. Namun begitu, peristiwa ini juga merupakan salah satu peristiwa kepupusan terbesar dalam sejarah Bumi kerana hidupan mikroorganisma pada ketika itu tidak memerlukan gas oksigen dan gas oksigen yang terbentuk merupakan gas toksik bagi mereka.


Rujukan

Wikipedia - Great Oxygenation Event
Slate - Poisoned Planet
Previous
Next Post »
0 Komen