Minecraft PE - Mass Rapid Transit (MRT)

Projek pembinaan landasan keretapi untuk MRT bermula sekitar November tahun lepas di mana aku bosan membina bangunan dalam game Minecraft ni. Dunia Minecraft terlalu besar jadi aku perlukan guide bila nk explore tempat lain.

Stesen Bandar Electricity.

Bermulanya landasan ini ialah di stesen Bandar Electricity. Seterusnya ia disambungkan ke bandar City of Hospitality kerana aku tengah rancak membina sebijik hospital yang agak besar. Dengan adanya landasan ni senang untuk aku bergerak tanpa perlu pegang enset..hehe

Landasan keretapi melalui kawasan hutan.

Seterusnya rangkaian landasan MRT aku melalui kawasan hutan belantara yang tak lama lagi akan ditebang untuk membina lebih banyak bangunan. Landasan ini sampai ke kawasan yang paling kering sekali dalam dunia Minecraft yang aku panggil sebagai "Savannah".

Stesen Bandar City of Hospitality terletak di tepi laut.

Setakat aku tulis entri ni, sudah ada 3 stesen utama dan dijangka akan bertambah lagi di masa hadapan bila aku rasa nak buat lagi..hehe

Stesen MRT yang terletak di kawasan kering.

Rasanya akan ada stesen keempat sebab landasan aku dah pun sampai ke kawasan gurun. Projek ni akan selesai bila aku berjaya menghubungkan kesemua kawasan yang ada dalam Minecraft ni (maybe 5 tahun..haha)
Previous
Next Post »
0 Komen