Jeruk Madu Pak Ali

Orang kata bila pergi bercuti di Pulau Pinang memang tak sah kalau tak beli beberapa paket Jeruk Madu Pak Ali ni. Disebabkan aku noob tak pernah bercuti di sini, jadi aku tak tahu lah jeruk ni memang popular bagi orang yang bercuti di Pulau Pinang..hehe

Jeruk campuran. Macam-macam jenis jeruk ada dalam 1 paket.

Itupun setelah aku diberitahu oleh bini aku bahawasanya jeruk madu Pak Ali ni macam trademark di Pulau Pinang. Apa yang sedapnya jeruk ni sampai orang mengandung pun boleh mengidam?? Jawapannya ialah proses pembuatan jeruk ni yang menggunakan madu sebagai cecair untuk memeram buah yang ingin dijerukkan seperti mangga, betik, bawang putih dan lain-lain.

Harga jeruk mengikut berat. Jeruk lak sudah siap dipaketkan.

Berbeza dengan jeruk konventional yang dijual di kedai-kedai atau RnR, bila makan jeruk madu ni rasa dia tak tajam sampai menangkap ke otak. Rasa dia masam yang tak berapa masam dan manis, yang membolehkan aku bedal jeruk ni sampai habis tanpa buat muka kerut setiap kali mengunyah jeruk.

Jadi, bagi mereka yang bercuti di Pulau Pinang ni aku tahu ramai yang biasa beli jeruk ni tapi bila shopping di kedai tu jangan lah pulun sampai habis. Ingat orang belakang sikit..haha
Previous
Next Post »
0 Komen