Pokok Jagung v1.0 (14 hari)

Isnin, 2 Mei 2016
10.47 pagi
Selangor, Malaysia

Pada ketika ini aku sedang bertungkus lumus membersihkan laman rumah yang ditumbuhi dengan lalang-lalang yang tak berguna. Kan senang kalau jagung tumbuh macam lalang, tak payah susah-susah nak menjaga..haha

Pokok yang paling tinggi tu je umurnya 14 hari.

Setakat ni pokok jagung tumbuh dengan segar walaupun aku tinggalkan mereka selama 5 hari, maybe efek tanah lembab yang sudah dibasahi air dari botol siraman yang aku buat sendiri.

Semoga engkau mampu bertahan di bawah sinar matahari yang panas terik..hehe.

Manakala, berita sedih bagi aku bila melihat kesemua benih jagung isi putih yang ditanam pada batas yang kedua habis dimakan ulat..huhu. Hanya 1 benih je yang berjaya survive dan aku pindahkan ia ke tempat lain. Tak tahu le hidup ke tak nanti tu..haha

Pokok kedua yang tumbuh,umur lebih kurang 8 hari.

Ok, tu jela laporan yang dibawa khas dari kebun depan rumah atau singkatannya KDR. Oh ye, kesemua pokok jagung ni merupakan jagung sweetcorn campuran warna kuning dan putih.
Previous
Next Post »
0 Komen