Catatan Suhu Paling Panas?

Sebelum bercerita mengenai suhu yang paling panas pernah direkodkan, mari kita imbas kembali perkataan Absolute Zero. Absolute Zero merupakan penanda aras di mana molekul-molekul tidak mampu lagi untuk melepaskan tenaga haba dan suhu bagi mencapai takat ini ialah 0 K atau -273.15° C. Disebabkan wujudnya takat Absolute Zero maka terciptalah perkataan Absolute Hot


Tardigrade merupakan mikroorganisma yang mampu hidup dalam keadaan Absolute Zero. Sumber.

Absolute Hot merupakan penanda aras di mana molekul-molekul yang melepaskan tenaga haba tidak mampu lagi untuk berbuat demikian tidak kira apa situasi sekalipun. Suhu molekul dikira dari Absolute Zero dan akan meningkat sehinggalah tiada tenaga haba yang dikeluarkan.

Evolusi Letupan Big Bang. Sumber.

Jika kita mengikuti Model Piawai Fizik, setakat ini, suhu paling tinggi pernah dicatatkan ialah beberapa saat selepas berlakunya letupan alam semesta atau Big Bang. Pada ketika itu suhu yang dianggarkan ialah 1032 K (suhu dalam Planck). Sebagai panduan, suhu yang dianggarkan pada teras Matahari ialah 1.571 x 107 K.
Previous
Next Post »
0 Komen