Gravity Evolved - Perang di antara Planet

Ada banyak permainan yang boleh didapati di Google Play Store. Disebabkan aku memiliki telefon pintar yang menggunakan Android jadi di Play Store jela tempat aku explore..hehe. Setelah melakukan beberapa siri jelajah mencari permainan untuk didownload, terjumpalah game Gravity Evolved ni ha.

Menu utama. Ada banyak pilihan.

Permainan ini bertemakan perang. Latar belakang permainan ini menggunakan planet sebagai asas pertahanan yang kemudiannya dilengkapi dengan senjata-senjata yang memusnahkan planet pihak lawan. Kita juga boleh membeli satelit yang mempunyai pelbagai fungsi, bergantung kepada jenis satelit yang dibeli.

Planet yang dibeli serta senjata yang dipasang.

Untuk planet pula, kita boleh membeli dari tiga jenis planet iaitu saiz yang paling kecil menyerupai Bumi merupakan planet asas, harganya juga tidak begitu mahal. Planet kedua diberi nama Anti Graviti yang berfungsi untuk melencongkan peluru-peluru keluar dari kawasan planet. Manakala planet ketiga iaitu Giant Planet merupakan planet terbesar dan mempunyai jangka hayat yang tinggi serta memerlukan lebih ruang untuk menempatkannya.

Laser. Senjata pemusnah paling power!

Setelah membeli planet yang sesuai dan melengkapkan planet dengan senjata-senjata pemusnah serta satelit sebagai pelindung, apa lagi, cari le musuh untuk ditembak..haha. Untuk Battle Mode, boleh battle dengan komputer atau pengguna lain. Jika menang kalau battle dengan komputer, membolehkan sistem suria kita naik level. Menang dengan pengguna lain memberikan experience serta duit yang boleh digunakan untuk menaiktaraf planet dan senjata.

Tengah battle le. Tembak menembak antara planet.

Game ni bagi aku ok la untuk mereka yang nak membuang masa tunggu tren nak pegi keje ke, tunggu lecturer masuk dan apa-apa situasi yang melibatkan pembuangan masa..haha. Bagi yang ada duit tu boleh la beli kredit tambahan untuk mempercepatkan naiktaraf atau beli planet tambahan tanpa perlu lawan untuk kumpul kredit.

Laman rasmi Gravity Evolved
Previous
Next Post »
0 Komen