Fakta: Penukaran Kalendar dari Julian ke Gregory

Pada era pemerintahan Empayar Rom, Julius Caesar memperkenalkan kalendar Julian selepas Empayar Rom berjaya menakluki Mesir. Selepas beberapa lama, Pope Gregory XIII memperkenalkan kepada kalendar yang digunakan sehingga sekarang iaitu kalendar Gregory. Kebanyakkan negara masih lagi menggunakan kalendar Julian pada ketika itu, manakala ada beberapa negara yang sedang dalam proses menukarkan kalendar ke Gregory.

Disebabkan percanggahan perkiraan hari dan tahun di antara kalendar Gregory dan Julian, perbezaan hari dapat dilihat di antara kalendar ini. Berikut merupakan jarak hari dalam kalendar Julian dan Gregory serta kiraan hari yang perlu ditolak dalam proses penukaran ke kalendar Gregory

Kalendar JulianKalendar GregoryKiraan Hari
5 Oktober 1582 - 18 Februari 170015 Oktober 1582 - 28 Februari 170010
19 Februari 1700 - 17 Februari 18001 Mac 1700 - 28 Februari 180011
18 Februari 1800 - 16 Februari 19001 Mac 1800 - 28 Februari 190012
17 Februari 1900 - 15 Februari 21001 Mac 1900 - 28 Februari 210013
16 Februari 2100 - 14 Februari 22001 Mac 2100 - 28 Februari 220014
*Diambil dari Wikipedia

Sejarah penukaran kalendar Gregory boleh dikatakan unik berlaku di Sweden. Kerajaan Sweden pada awalnya bercadang untuk menukar ke kalendar Gregory secara beransur-ansur dengan membuang beberapa hari dalam tahun lompat dalam kalendar Julian bermula pada tahun 1700 sehingga 1740. Dengan cadangan ini mereka dapat menggunakan kalendar Gregory bermula pada 1 Mac 1740.

Oleh kerana itu, pada tahun 1700, tidak berlaku tahun lompat di Sweden (mengikut kalendar Julian, tahun 1700 merupakan tahun lompat). Namun begitu, mereka berdepan masalah apabila tahun 1704 dan 1708 merupakan tahun lompat dan perkara ini menyebabkan Sweden tidak mengikut mana-mana kalendar (Julian dan Gregory). Disebabkan masalah ini, Sweden menukar kembali kepada kalendar Julian dengan cara menambah sehari pada tahun 1712. Pada tahun ini juga berlaku tahun lompat sebanyak 2 kali yang menyebabkan bulan Februari mengandungi 30 hari (2 hari tambahan hasil daripada dua kali tahun lompat pada tahun yang sama).


Mungkin akan ditutup sementara di Sweden?


Pada tahun 1753, Sweden membuat keputusan untuk menolak 11 hari hasil daripada penukaran ke kalendar Gregory, di mana keputusan ini tidak memuaskan kebanyakkan rakyatnya yang menganggap kerajaan Sweden "mencuri" 11 hari hayat mereka.



Hilang 11 hari pada bulan Februari 1753 di Sweden. Sumber
Previous
Next Post »
0 Komen