The Blockheads : Makhluk Baru

Setelah beberapa kali update game The Blockheads ni, aku perasan yang beberapa ciri telah ditambah untuk menjadi game ni lebih "menarik" dan best. Antara ciri-ciri yang telah ditambah menjadikan pengembaraan aku untuk ke seluruh benua lebih mencabar dan lebih bermakna.


Kalan jengking. Racunmu berbisa.

Makhluk ini diberi nama kala jengking. Makhluk ni biasanya didapati di kawasan yang berpasir atau gurun. Kebiasaannya pokok kaktus boleh didapat di sekitar makhluk ni berjalan-jalan. Pengembaraan lebih tercabar kerana makhluk ni berjalan dengan senang lenang di atas padang pasir, jika aku berada dekat dengannya pasti ditembak dengan racun hijau. Pada waktu malam lagi best, dari jauh dah tembak dah.


Cave Troll mengawal harta karun.

Makhluk biru ni pula dipanggil Cave Troll. Cave Troll ni memang kita takkan jumpa di kawasan tanah lapang, sebaliknya dia bersembunyi di bahagian gua bawah tanah. Kalau bernasib baik, bila dah melombong sehingga dah nak dekat bahagian Center of the World atau lapisan magma, bolehlah berjumpa dengannya.


Cave Troll posing depan kamera.

Makhluk ni bolehlah dikatakan seperfect blockhead aku sebab dia boleh panjat tangga, batu, merangkak apa tah lagi..haha. Power sangat sebab bila dia pukul tu dekat separuh nyawa hilang, tapi kekurangannya dia berjalan dengan lembab sekali. Mungkin sebab bentuk badannya yang besar menyebabkan dia tak berapa nak larat sangat untuk berjalan.
Previous
Next Post »
0 Komen