Minecraft PE : Hospital di Bandar Electricity

Beberapa hari yang lepas aku terasa bosan melihat henset aku tanpa berbuat apa-apa. Henset punya mahal patut kita kena utilize betul-betul baru terasa keenakkannya. Jadi aku pergi ke Google Play Store mencari game apa nak main, tiba-tiba aku terpandang dengan game Minecraft. Game ni lama dah aku usha cuma tak mampu nak main lagi..haha. Disebabkan ada beberapa duit di dalam bank, aku pun membeli game ni harganya RM19.50. Dah beli apa lagi, kita main le.


Dalam pembinaan. Wing sebelah yang dah siap.

Mula-mula aku rasa macam tak tahu nak buat lepas tu bila dah dapat idea, aku pun mulalah memajukan tempat ni, dari membuat jalan bertar sehinggalah bangunan pencakar langit pertama ni. Hospital ni tingginya 5 tingkat, wadnya semua single bed jadi nak masuk kena prepare duit yang sangat banyak lah..haha


Dari belakang.


Hospital yang baru siap. Tengah membikin laluan kaki lima.


Hospital yang dah siap sepenuhnya.

Akhirnya siap gak hospital ni. Ianya mengambil masa selama 5 hari aku main game untuk menyiapkannya..hehe. Projek selepas ni ialah bangunan kedai 5 tingkat. Mungkin ia akan mengambil masa yang lebih lama kerana memerlukan tapak tanah yang lebih besar. Apa nak kisah, semua tanah aku punya..haha
Previous
Next Post »
0 Komen