UTeM Sebelum Berkembang

Sudah hampir 3 tahun aku berkonvo dan meninggalkan UTeM, tempat aku mendapat ijazah sarjana muda Kejuruteraan Elektronik. Kerjaya aku pulak bukanlah dalam bidang ini sebaliknya bidang Informasi Teknologi atau IT. Aku bukanlah jenis berharap akan dapat kerja yang sama dengan bidang aku belajar dulu, dapat bidang lain pun bagus jugak sebab kita boleh belajar benda baru. Godek-godek enset lama yang aku gunakan untuk mendapatkan sumber untuk update blog ni, terjumpalah beberapa keping gambar best.


Masjid dan perpustakaan dalam pembinaan.

Ni antara suasana di UTeM kampus induk di Durian Tunggal pada ketika kebanyakkan bangunan belum siap sepenuhnya. Pada ketika aku mendaftar masuk di UTeM pada tahun 2007, memang banyak bangunan yang takde lagi, sehinggakan aku rasa macam orang-orang terbiar pulak bila berada di sini, ye lah semua aktiviti dan urusan berkaitan kena pergi ke kampus industri, cuma belajar je di sini. Pada waktu malam tak usah cerita la, sunyi sepi macam duduk dalam hutan je..haha.


Dewan Besar juga masih dalam pembinaan.

Antara isu yang paling hangat diperjuangkan MPP dari sejak sebelum aku masuk UTeM sampailah aku habis study ialah isu penempatkan pelajar di kolej kediaman. Disebabkan pelajar bertambah ramai dari tahun ke tahun, MPP berharap agar pihak pengurusan UTeM dapat menyediakan satu tapak untuk membina kolej kediaman. Apa yang aku tahu, pihak pengurusan UTeM bersetuju untuk membina kolej kediaman di dalam kawasan UTeM. Tapaknya seperti yang boleh dilihat dalam gambar di bawah.


Tapak kolej kediaman di belakang FKEKK. Tapak pun belum ada lagi. :P

Hari-hari terakhir sebelum aku habis study, dah wujud dah papan tanda pembinaan kolej kediaman, dan aku berharap agar mereka yang dapat duduk di dalam kolej kediaman di dalam UTeM dapatlah pergi ke kelas dengan lebih awal dan juga menahan bau ayam hasil daripada kilang memproses ayam yang telah wujud tidak jauh dari kawasan UTeM..hehe
Previous
Next Post »
0 Komen