The Blockheads : Misi Baru

Aku pernah post cerita pasal game ni di sini dan di sini. Dalam game tu, 2 je objektif yang aku cuba nak capai iaitu menjelajah di kesemua kutub dan bahagian yang ada (kutub Utara dan Selatan serta bahagian paling hujung di belah Barat dan Timur). Setakat tu aku dah menakluk kutub Selatan. Tapi malang tak berbau, bila aku format balik enset aku, aku boleh lupa nak backup dan hasilnya data game ni hilang untuk selama-lamanya. Jadi, terpaksalah aku kena start yang baru balik, karakter baru serta nama baru. Objektif pun mungkin baru la jugak kot.


Jambatan gelas di bawah laut.

Dalam game sebelum ni, aku belum jumpa lagi lautan luas yang serupa Lautan Atlantik. Tapi, untuk kali ni aku macam dah jumpa la. Berdasarkan gambar di atas ni, aku dah membina jambatan gelas bawah laut tapi setakat ni aku belum jumpa lagi daratan di sebelah sana. Tak tahu berapa banyak lagi gelas yang aku perlu kumpul dan membina jambatan ni, dah guna hampir 1000 gelas dah. Stok pasir pun aku tak tahu lagi mana nak dapat, habis semua aku dah kebas..haha.


Membina bangunan menggunakan limestone.

Atas faktor bahawa gelas dah tak cukup dan aku belum jumpa lagi daratan, aku tengah merangka plan untuk membina bangunan pula. Item piling ni aku rasa item baru sebab sebelum ni aku tak jumpa item ni. Piling ni berguna bagi mereka yang ingin membina bangunan di atas tanah tanpa perlu start letak blok dari atas tanah. Maksudnya bila kita dah letak piling ni, lepas tu boleh terus letak blok di atas piling dan start membina sehingga ke angkasa.


Hasil kerja menarah tanah.

2 gambar ni hasil kerja aku bila bosan tak tahu nak buat apa..haha. Disebabkan dunia Blockhead ni berbukit-bukit, apalah kiranya jika kita tarah tanah-tanah supaya ianya tak berbukit-bukit dan pokok pun senang nak tumbuh..hehe.


Menarah tanah lagi.

Dah la, aku nak sambung main game ni. Tengok la kot kot aku dapat idea baru nak buat apa dengan dunia Blockhead ni. Macam best pulak kalau lautan tu ditambak je dengan batu-batu..haha


Cerita berkaitan

The Blockheads : Kutub Selatan
The Blockheads : Laluan Dalam Lautan
Previous
Next Post »
0 Komen