Retro - Penilaian Tahap Satu (PTS)

Penilaian Tahap Satu ialah sebuah peperiksaan yang dijalankan khas untuk murid tahun 3. Peperiksaan ini dijalankan bagi menilai murid-murid tahun 3 yang berkelayakan untuk melompat terus ke tahun 5. Dengan kata lain, murid-murid yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini membolehkan mereka untuk terus naik ke tahun 5 tahun berikutnya tanpa perlu untuk belajar di tahun 4.


Mereka yang bersekolah pada tahun 90-an dapat merasai kepoweran PTS.

Murid-murid yang mengambil peperiksaan ini diuji dengan soalan-soalan yang berasaskan uji minda dan IQ. Pada masa aku ambik peperiksaan ni tahun 1997, peperiksaan ni mengandungi 2 kertas iaitu kertas objektif yang mengandungi 50 soalan uji minda atau IQ di mana masa yang diberikan ialah 50 ke satu jam, aku dah lupa. Satu lagi kertas karangan iaitu aku perlu menulis karangan berdasarkan soalan yang diberi dan masa yang diberikan hanyalah 30 ke 40 minit.


Ramai yang komplen menghadapi tekanan untuk berjaya dalam peperiksaan ini.

Peperiksaan PTS ni memang objektif dia untuk mencungkil golongan bijak pandai atau orang panggil budak pintar, dan disebabkan itulah mereka yang berjaya dalam peperiksaan ini boleh melompat terus ke tahun 5, atau biasanya dipanggil sebagai "budak lompat". Peperiksaan ini dilaksanakan bermula pada tahun 1996 dan kemudiaanya dimansuhkan pada tahun 2001 (boleh tengok berita di sini). Bagi aku lebih baik jika diadakan peperiksaan ini, lagi bagus jika dibandingkan dengan program PERMATA yang membazir duit cukai yang rakyat bayar.
Previous
Next Post »
0 Komen