Rebus Makanan di Shabu Shabu 2

Bila dah dapat gaji, semestinya kita nak try rasa makan di restoran yang memang boleh tengok dari jauh je. Untuk itu, kita perlukan sebuah restoran yang membolehkan kita makan dengan pelahapnya dan sebanyak mungkin. Di depan opis aku, terletaknya sebuah restoran buffet iaitu Volcano Shabu Shabu 2 di Shaftbury Square. Restoran ini juga mempunyai sebuah lagi cawangan yang terletak di sama aras dengan restoran ini iaitu Volcano Shabu Shabu.


Kepingan daging lembu dan kambing yang sedia untuk direbus.

Beza Shabu Shabu dan Shabu Shabu 2 ialah di Shabu Shabu 2, ia menyediakan juadah jenis buffet iaitu kita makan sampai perut menjadi keras manakala di Shabu Shabu pula, kita hanya memilih sahaja menu apa untuk direbus kemudian. Benda yang menarik perhatian dan keexcitedan aku ialah ada conveyor yang membawa bebola-bebola untuk direbus macam di restoran sushi. Walaubagaimana pun, makanan di sini lebih kurang sama je macam di Shabu Shabu, cuma dia tambah nasi goreng cina dan aiskrim yang juga boleh diambik sendiri..haha


Conveyor. Geram je tengok banyak bebola digerak-gerak begitu..haha

Benda yang menyebabkan aku boleh tengok restoran ni dari jauh je ialah harga yang super power. Kalau nak makan sekali-sekala dalam masa beberapa bulan boleh la. Sesuai juga untuk mereka yang sedang merancang nak mengadakan jamuan perpisahan/hari jadi/naik atau turun pangkat/rezeki bertambah dan sebagainya. Harga buffet di sini juga mengikut masa dan tak tetap sepanjang masa. Jadi silalah plan dulu sebelum makan di sini.

MasaHarga
Lunch Hour
11.30pg - 2.30ptg
RM39.90
Tea Time
2.30ptg - 5.30ptg
RM35.90
Dinner Hour
5.30ptg - 9.30mlm
RM59.90


Dalam proses rebus.


Pantang larang apabila makan di sini.

Akhir sekali, untuk makan di sini kita kena bayar dulu, tak sama macam di Shabu Shabu yang mana kita makan dulu baru bayar. Jadi, dah lepas bayar tu mereka dah siap-siapkan tempat duduk kita dengan sup yang diorder (ada sup ayam, tomyam dan vegetable). Sebelum mula excited nak merebus tu silalah tengok dulu pantang larang yang ditampal di setiap meja. Kalau tak, jadi macam aku dah amik bebola dari conveyor lepas tu pinggan kosong tu pegi letak balik atas conveyor..haha.


Lokasi : Restoran Volcano Shabu Shabu 2, Shaftbury Square, Cyberjaya
Previous
Next Post »
0 Komen