Pucuk Ubi Depan Rumah

Pucuk ubi merupakan antara ulam-ulaman tradisional. Kalau kita pergi ke pasar, pucuk ubi ni biasanya dijual di bahagian sayur-sayur kampung, di mana kita juga akan berjumpa dengan petai, jering dan daun tenggek burung. Walaupun ianya sebahagian daripada ulam-ulaman, aku tak fikir benda ni boleh dimakan begitu sahaja..haha


Rimbunan daun pucuk ubi.

Biasanya orang akan memasak benda ni menjadi pucuk ubi masak lemak, ada juga yang buat masak lemak cili api kalau nak bagi pedas. Jadi, atas inisiatif mak mertua aku yang ingin makan pucuk ubi, beliau telah menanam benda ni di rumah aku sebab rumah aku je yang ada seberapa bidang tanah di depan rumah. Daripada biar lalang dan segala tumbuhan pelik tumbuh di kawasan rumah, lebih baik jika ditanam benda-benda yang boleh dimakan kemudian harinya.


Mahu? Silalah datang dan petik sendiri. :P

Pokok ni dah ditanam dekat sebulan lebih, pucuk ubi ni patut dah boleh amik dah ni. Tapi biar la diperap lama sikit, boleh dapat ubi yang gemuk gemuk belaka. Bak kata pepatah, diam-diam ubi berisi. :D


Previous
Next Post »
0 Komen