Pisang Cheese

Sejak akhir-akhir ini aku terperasan ramai rakyat Malaysia dijangkiti dengan trend makanan terbaru yang dipanggil pisang cheese. Aku sendiri tak pernah tengok apatah lagi menikmati makanan itu jadi aku terbayangkan buah pisang yang dibuang kulitnya dan dilumur dengan cheese. Bunyinya macam kurang sedap kan..haha


Menu gerai pisang cheese.

Rupa-rupanya aku tersilap. Bila dah tengok menunya dengan mata kepala kamera aku sendiri, bukanlah seperti yang aku gambarkan. Pisang cheese ialah sejenis makanan dimana pisang itu digoreng seperti biasa, seperti yang kita beli hari-hari di gerai tepi jalan, cuma ianya ditambah dengan cheese dan beberapa penambah perisa yang lain. Harganya bergantung kepada topping yang kita nak.


Ramai betul orang membelinya.

Time ni aku di Bangi dan pada ketika aku ambik gambar ni, hujan turun dengan renyai-renyainya. Gerai pisang cheese ini masih tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai yang ingin menikmati snek makanan ini. Oh ye aku belum berkesempatan merasai pisang cheese ni, lain kali mungkin. :-D


Lokasi : Restoran Kelisa Corner, Bangi
Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

Teringin nak makan bila tengok ramai yang share gambar, tapi sekarang tengah fasa kawal kalori. Haha.
Sedangkan pisang goreng sekeping je pun dah 170kcal, apatah lagi dressingnya. Hahaha.
*ayat sedapkan hati sendiri*

Balas
avatar

*cheat day* la ape lagi...sehari je... :P

Balas